Berang dituduh curang, isteri tergamak curah minyak panas pada kemaluan suami

Oleh GEMILANGDAILY

Berang dituduh curang, isteri tergamak curah minyak panas pada kemaluan suami

Gara-gara berang dituduh curang, seorang wanita didakwa tergamak mencurah minyak panas pada kemaluan suaminya.

Insiden yang berlaku di New Delhi, India itu terjadi kerana mangsa Sunil Dhakad mencurigai dan mendakwa isterinya Madhvi Nagar ada menjalinkan hubungan dengan lelaki lain di belakangnya.

Berang dituduh curang, isteri tergamak curah minyak panas pada kemaluan suami

Menurut mangsa, sebelum kejadian jiran mereka mengadu kepadanya bahawa isterinya ada berhubung dengan seseorang di telefon selepas mangsa ke tempat kerja.

Pada hari kejadian, mangsa mendapati isterinya sedang bercakap telefon dengan seorang lelaki lalu bertindak merampas telefon bimbit itu. Namun ketika itu isterinya tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Bagaimanapun, kira-kira jam 2 pagi semasa mangsa sedang nyenyak tidur, isterinya pergi ke dapur dan membawa minyak panas kemudian bertindak mencurah minyak itu ke atas kemaluan mangsa.

Setelah mendengar jeritan mangsa yang berusia 32 tahun itu, jiran-jiran berkumpul di rumah pasangan berkenaan dan membawa mangsa ke hospital.

Susulan itu, pihak polis juga bergegas ke tempat kejadian manakala suspek melarikan diri

BACA:

Wanita ini kongsi pengalaman penipuan ‘kerjanya review je’, ini cara sebenarnya sindiket ini buat duit ramai nak tahu