Berapa ramai lagi Duta Khas nak dilantik?, Soal Syed Saddiq

Berapa ramai lagi Duta Khas nak dilantik?, Soal Syed Saddiq

Berapa banyak lagi duta khas yang perlu dilantik? Berapa banyak lagi rakyat kena tanggung gaji-gaji duta khas ini?

Saya mempersoalkan atas merit apa Tajuddin dilantik sebagai duta khas ke Indonesia?

Saya memang tak faham fungsi duta khas. Mengapa perlu diwujudkan lagi sedangkan kita dah ada Duta rasmi di bawah Kementerian Luar Negeri.

Banyak yang bertaraf menteri pula tu.

Sekalipun nak lantik, biarlah lantik berdasarkan pengalaman dan merit. Biar ada objektif bila kita lantik duta khas.

Cukup-cukuplah membazir duit rakyat atas perlantikan tiada makna hanya untuk “menghargai” seseorang.

This is getting ridiculous.

Syed Saddiq

Baca Juga : Pelantikan kembali Duta Khas undang kritikan, satu pembaziran
Gempar !!! Rebut kerusi Presiden Umno, Tajuddin sedia lawan Zahid

CATEGORIES