Berbulan bulan saya pendam rasa marah, kesabaran saya dah sampai limit. Hari tu saya marah sambil pukul suami.
Saya rela masuk penjara dari hidup dengan dia! Kalau ini yang boleh cepatkan proses cerai kami, aku sanggup!
Hi! Saya dalam keadaan marah, geram, benci, sedih dan menyesal. Saya ringkaskan tentang hidup saya dan masalah yang saya sedang hadapi.
Saya berumahtangga selama setahun. Tetapi dalam setahun itu, saya sentiasa menjadi mangsa amarah suami yang panas baran.
Sikap dia ni tidak kira di khalayak ramai ataupun di rumah. Bayangkan macamana jatuh airmuka saya bila kena marah depan orang. Perkara perkara kecil seperti saya membasuh baju tanpa bagitahu dia, itupun boleh membuat dia begitu marah sehingga dia tidak mahu sidai bajunya yang telah saya cuci dan akan biarkan baju itu terperap beberapa hari sampailah baju tu menjadi masam.
Kemudian baju kotor yang dia pakai tu dia letak dia atas lantai bersebelahan bakul baju kotor. Dia cakap, ‘I don’t want to wash clothes together with you because you didn’t tell me you washed clothes!’ Saya dah cuba sedaya upaya untuk memujuk dan memberitahu beliau yang ini adalah perkara kecil, tak usahlah diperbesarkan. Tapi dia tetap berkeras kepala dan masih marah-marah.
Itu bukan pertama kali dia memarahi saya. Ada banyak peristiwa yang dia sering memarahi saya. Contohnya, kalau lambat sikit bila kami nak ke mana-mana, tersalah cakap masa bergurau, mengajak dia ke tempat yang saya nak pergi dan sebagainya.
Saya cuba sabar dan saya beritahu diri saya yang Allah sedang menguji saya. Saya hilang saya punya sense of self worth, saya jadi macam dah tawar hati dengan perbuatan dia. Bila ingin berbincang dia selalu cakap yang dia ni, ‘I’m a bad person. You are a good person.
Faham tak dia macam sengaja nak provoke, konon nak mengaku salah tapi sebenarnya tambah menyakitkan hati. Saya simpan marah saya berbulan-bulan sampai sekarang. Bila dah berkumpul benda ni jadi barah dan saya dah nekad ingin bercerai. Saya dah tak kisah apa nak jadi. Ini tak membantu mental health saya langsung, lagi-lagi saya sedang hamil.
Bila saya kata yang saya dah tak tahan, nak bercerai, dia cakap saya ni tak akan mampu nak jaga bayi yang bakal lahir ni sebab gaji saya baru 3k. Dia kata lagi, kalau kami cerai, saya takda tempat bertuduh. Dia cakap personality saya memang tak sesuai untuk menjadi seorang ibu.
Dia cakap lagi, saya tak akan dapat hak untuk jaga bayi ni dengan perangai saya. Habis tu dia ingat perangai dia yang baran tu elok sangat ke untuk anak ni. Dia seolah pr0voke saya sampai saya dah tak tahan, kemuncaknya saya pukul dia bertubi-tubi.
Dia tahan saya tapi saya dah tak peduli. Saya pukul dia sampai saya rasa puas. Untuk pengetahuan semua, saya bukanlah seorang perempuan yang kasar, saya tidak pernah pukul sesiapa seumur hidup saya. Saya tidak tahu apa yang telah merasuk saya, saya dah tidak boleh tahan dengan perangai dia.
Saya cakap dengan dia saya memang rela masuk penjara daripada hidup dengan dia. Saya memang dah nekad untuk bercerai dan jika perbuatan saya ni akan mempercepatkan proces penceraian, saya terima. Saya tidak rasa sedih apabila saya pukul dia sebab saya dah lama sabar dengan perbuatan dia.
Masa saya hamil pun dia ada jugak tolak saya sampai saya ada pendarahan, Alhamdulillah bayi dalam kandungan selamat. Saya memang menyesal berkahwin dengan orang yang salah (tapi sebelum kahwin perangai dia baik cuma saya ada nampak sikit-sikit panas baran dia tapi saya terima sebab manusia boleh berubah kan?)
Itulah kesalahan para wanita, mereka ingat bila dah kahwin ‘isteri mampu ubah suami’. Sebenarnya suami yang akan mengubah isteri daripada seorang yang lembut hatinya kepada keras hati. Macam saya sekarang. Saya juga berdoa anak yang bakal lahir ni tidak mengikut perangai bapanya yang panas baran.
Saya akan cuba didik anak lelaki ini untuk memperlakukan wanita dengan penuh hormat dan jugak jangan sesekali menyakitkan hati wanita. Saya nak anak yang saya lahirkan ni menjadi anak yang baik. Doakan saya ye.
Sesiapa yang cakap saya ni nusyuz atau derhaka dengan suami. Saya terima. Tapi anda tidak ada dalam situasi saya. Saya fikir walaupun ada manusia yang tersabar di dunia pun boleh tewas kalau bersuamikan orang macam soon to be ex husband saya.
Komen Warganet :
Tini Hartini : Laki u bukan panas baran je sis. Dia giIa aku rasa. Benda kecil pun nak beria marah sampai macam tu, merajuk lagi. Percayalah, makin lama makin teruk ataupun memang tak akan berubah. Lagipun dia sejenis orang yang tak akan mengaku kesalahn sendiri dan tak akan tunduk pada orang lain.
Jadi pada pandangan saya, semakin lama awak berada dalam rumahtangga ni, dia akan terus d3ra em0si awak. Lama kelamaan awak akan rasa imun dan rasa terbiasa. Yang paling risau bila dah ada anak, anak pun akan rasa benda ni normal, dan kitaran pun berlaku. So be strong and didik anak U baik-baik. Take care
Mira Naila : Toxic man memang ada! Serik tak sudah!! Pada mulanya manis, janji macam-macam, bila dah kenal beberapa bulan hancur. Bila kita menjawab di cop kurang ajar! Dia punya kata-kata yang menyakitkan yang buat kita kurang ajar. Ini semua penipu! Narcissistic je!!