‘Berhubung dengan Rasulullah secara terus’, bekas ahli GISBH dedah pemimpin dipilih melalui tahap ketakwaan paling tinggi

Oleh ISMAIL YAHYA

Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) didakwa mengamalkan sistem perhambaan

Dalam operasi kumpulan perniagaan mereka yang dikatakan bermotifkan agama.

Menurut dakwaan, setiap ahli GISBH dipaksa mencari dana untuk mengisi tabung jemaah atau syarikat,

walaupun terpaksa bekerja sepenuh masa tanpa menerima gaji.

Seorang individu yang dipercayai bekas ahli GISBH mendedahkan bahawa ada kalanya ahli-ahli organisasi tersebut

'Berhubung dengan Rasulullah secara terus', bekas ahli GISBH dedah pemimpin dipilih melalui tahap ketakwaan paling tinggi

terpaksa meminta bantuan daripada ahli keluarga yang bukan sebahagian daripada jemaah atau syarikat.

Menerusi hantaran di Facebook, lelaki yang dikenali sebagai Raja Suhaimi mendakwa, keadaan ini berlaku kerana perniagaan yang dikendalikan GISBH jarang menjana keuntungan komersial yang mencukupi untuk menyokong kewangan jemaah atau syarikat.

Dia juga mendedahkan bahawa ramai ahli GISBH mengalami penindasan dalam sistem yang lebih menyerupai perhambaan, di mana golongan atasan hidup mewah dengan rumah dan kereta yang hebat, manakala golongan bawahan pula terpaksa menunggu giliran untuk perkara seperti bertemu pasangan, yang turut diaturkan oleh pemimpin.

“Mereka mendirikan banyak rumah kebajikan sebagai salah satu cara untuk mendapatkan pendapatan besar daripada masyarakat awam,” kata Raja Suhaimi.

Menurutnya, GISBH mengamalkan sistem ‘ma’ash’, yang menggantikan sistem gaji dengan menyediakan keperluan asas kepada pekerja, seperti makanan, minuman, tempat tinggal, dan juga urusan perkahwinan dalam kalangan ahli.

Tambahnya lagi, projek perniagaan dijalankan oleh ahli setiap zon dan negeri, yang kebanyakannya bertujuan mempamerkan kekuatan jemaah di mata masyarakat serta musuh perjuangan mereka. Majlis khas diadakan setiap bulan untuk mengutip dana daripada ahli mengikut zon, dan ahli yang bekerja di luar negara menyumbang lebih banyak dana.

Raja Suhaimi juga mendakwa bahawa pemimpin GISBH kononnya dilantik oleh Rasulullah, Imam Mahdi, dan guru mursyid dari alam ghaib. Sistem kepimpinan ini dikatakan disusun mirip organisasi syarikat biasa, dengan pemimpin dipilih berdasarkan tahap ketakwaan tertinggi.

Selain itu, GISBH juga didakwa mengamalkan sistem doa dan tawassul dengan menyebut nama pemimpin dalam ibadat. Segala arahan pemimpin wajib ditaati, dan mereka mendakwa sering berhubung dengan Rasulullah dalam keadaan sedar (yaqazah) untuk menerima arahan, termasuk rombakan kabinet bayangan.

Mengenai amalan nikah, Raja Suhaimi mendedahkan bahawa jemaah GISBH mengamalkan nikah syar’ie yang dikatakan lebih sah dan diberkati kerana wali yang menikahkan adalah mukmin sejati. Namun, ada juga yang mendaftarkan perkahwinan hanya selepas isteri disahkan mengandung, menyebabkan anak mereka dibin atau dibintikan Abdullah.

Beliau turut mendakwa bahawa bercerai beramai-ramai pernah diarahkan dalam satu majlis sebagai kononnya sebahagian daripada didikan pemimpin.

Dari sudut pendidikan, Raja Suhaimi berkata, GISBH membentuk sistem pembelajaran mereka sendiri, di mana silibus pendidikan lebih menekankan tentang pemimpin. Pelajaran fardu ain pula hanya diajar secara asas, dan kanak-kanak dihantar untuk bekerja di projek-projek syarikat seawal usia 13 tahun.

“Kanak-kanak juga ditempatkan di asrama atau rumah kebajikan yang dikendalikan oleh GISBH,” katanya, sambil menambah bahawa ramai kanak-kanak dihantar keluar untuk mendapatkan pengalaman bekerja, seperti mengedar makanan dan majalah.

BACA: Cubaan lari ke Thailand? Polis rampas 2 ‘campervan’ GISBH di sempadan Bukit Kayu Hitam