“Beri pinjam, jual dan seumpamanya kepada rohingya”, kompaun pemilik asal dah tak jalan, akan dikenakan tindakan tegas JPJ.
Tindakan tegas akan diambil terhadap rakyat tempatan yang menjual atau meminjamkan kenderaan mereka kepada warga asing.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, jika sebelum ini pemilik asal hanya dikenakan kompaun, tapi pihaknya sedang berusaha membawa kes berkaitan ke mahkamah sebagai pengajaran.
Beliau berkata, kebelakangan ini semakin ramai warga asing terutama etnik Rohingya yang dikesan memandu kereta atau menunggang motosikal yang dipinjam daripada pemilik yang juga warga tempatan termasuk dipinjamkan oleh majikan masing-masing.
“Kes sebegini sangat serius, malah kebelakangan ini semakin meningkat dan berleluasa terutama membabitkan pemegang kad Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).
“Mereka ini tidak mempunyai lesen memandu dan kenderaan juga ada yang tiada insurans
“Oleh itu, jika terbabit dalam kemalangan atau kesalahan jalan raya, memang menimbulkan masalah besar.
“Sehubungan itu, kami sedang berusaha untuk membawa kes itu ke mahkamah bagi memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan berbanding sebelum ini hanya dikenakan kompaun sahaja,” katanya ketika sidang media di sini, semalam.
Mohd Misuari berkata, berbanding warga asing lain yang hanya menunggang motosikal atau basikal sahaja, etnik Rohingya dilihat lebih berani apabila memandu kereta dan berkemungkinan besar ia disebabkan kad UNCHR yang dimiliki dianggap kebal.
Katanya, operasi sentiasa dijalankan pihaknya dari semasa ke semasa dan bukan sekadar menumpukan sekatan jalan raya tapi juga membuat rondaan bermotosikal bagi mengesan penggunaan kenderaan oleh warga asing di jalan raya.
“Biasanya kita akan sita terus kenderaan itu kerana kita tidak mahu beri muka kepada warga asing yang mungkin memandu kenderaan itu secara berbahaya sekali gus membahayahkan lain.
“Pemegang kad UNCHR menganggap mereka memiliki ‘lesen besar’ dan kebanyakan yang ditahan adalah memandu kereta dan menunggang motosikal roda tiga berbanding warga Bangladesh yang lebih suka berbasikal.
“Kita bukan anti warga asing, tapi minta semua pihak supaya ikut peraturan kerana ada juga yang kami kesan memandu kereta yang sudah boleh dilupuskan,” katanya.
Terdahulu beliau hadir di Dewan Audi Akademi Memandu Berhemat Kotaraya Sdn Bhd, Padang Tembak merasmikan kursus Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM) yang disertai 45 pesara tentera.
BACA:
“High risk high return”, ini strategi berisiko tinggi peguam Najib yang akhirnya ‘makan’ tuan
6 Menteri Besar sebulat suara bubar DUN pada hujung bulan JUN