Sebut sahaja ketam, pasti banyak yang menaruh minat terhadap haiwan laut tersebut kerana ia menjadi antara hidangan atau sajian laut yang menjadi kegemaran ramai.
Namun tahukah anda bahawa Ketam Merah atau Red Crab merupakan spesies ketam yang terkenal dengan aktiviti migrasinya?
Untuk pengetahuan, migrasi ketam merah ini terkenal sehingga orang ramai terpaksa memberi laluan kepadanya.
Maka, mengapa haiwan ini begitu terkenal? Untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian daripada Doktor Akuakultur dan Perikanan, @drfitriyusof di bawah ini.
APA ANDA PERLU TAHU TENTANG RED CRAB?
Semalam dah mula dah proses migrasi Ketam Merah (Red Crab) di Pulau Krismas. Ini adalah beberapa fakta yang anda perlu tahu tentang spesies ini.
1. Gecarcoidea natalis
Nama saintifiknya adalah Gecarcoidea natalis (Pocock, 1888). Ia adalah antara 14 spesies yang ditemui di Pulau Krismas dengan anggaran populasi sebanyak 40-50 juta ekor.
2. Diet
Mereka ini makan daun dan hasil tumbuhan. Tapi kalau ada ketam lain yang mati atau haiwan kecil lain, diorang makan je. Bukanlah selektif sangat. Sebab populasi dia besar, takde pesaing lain untuk dia.
3. Habitat
Dia ni ketam darat, duduk di atas tanah dalam hutan dan korek lubang dalam tanah. Menariknya, diorang ni solitary, tak kongsi lubang. Tapi bila spawning baru dia keluar migrasi berjemaah.
4. Migrasi
Proses migrasi adalah sebab untuk pembiakan. Jantan dan betina akan berjumpa di pantai dan mengawan. Biasa jantan sampai awal (punctual), buat lubang. Betina yang sampai kemudian akan mula pilih jantan. Macam biasa, akan ada gaduh sikit sesama jantan.
5. Mengawan
Lepas mengawan, betina akan bertelur dalam 100K biji, dan duduk dalam lubang dalam 2 minggu sampai telur menetas. Bila telur menetas, dia akan lepaskan anak-anak dia dalam air.
6. Baby Ketam
Lepas 2 minggu, mak dia akan lepaskan telur dalam air laut dan baby pun menetas. Baby akan ikut arus laut dan lalui beberapa fasa sebelum betul betul dapat bentuk macam ketam. Lepas tu, diorang pula migrasi ke darat untuk membesar. Biasanya banyak tak survive sebab Jadi makanan ikan dan haiwan lain. Tapi sebab tulah mak dia bertelur sampai 100K biji. Untuk memastikan kemandirian spesies.
7. Tarikan Pelancong
Proses migrasi ini memang jadi tarikan pelancong. Dan kerajaan Aussie pun dah siapkan beberapa fasiliti untuk bantu proses ini untuk elakkan kemalangan jiwa ketam.
Baca juga :Banduan di Brazil tidak boleh lolos kerana dijaga oleh angsa, bukannya anjing