Bermodalkan RM20 anda boleh tuntut hutang dengan kawan yang liat bayar di mahkamah, tak perlu lawyer pun

Bermodalkan RM20 anda boleh tuntut hutang dengan kawan yang liat bayar di mahkamah, tak perlu lawyer pun

Alhamdulillah…selesai sessi penghakiman di mahkamah sivil Shah Alam. Buat tuntutan hutang daripada kawan yang liat nak membayar dah lebih setahun. Akhirnya terpaksa guna kuasa undang2 untuk paksa dia bayar dalam masa 30 hari dari hari ni.

So, kepada kawan2 lain yang ada orang berhutang dengan anda tapi liat bayar, anda boleh guna cara ini. Tak perlu lawyer pun.

Just pegi ke Mahkamah Sivil cakap nak buka fail tuntutan kecil, bayar RM20 dan beritahu tuntutan anda kepada siapa, dan fakta pinjaman yang diberi (mesti RM5k ke bawah sahaja yea!)

Mahkamah akan bagi surat panggilan utk pendengaran depan hakim. Kalau defenden mengaku salah meminjam tapi tak bayar, mahkamah akan bagi arahan utk bayaran segera dalam masa 30 hari.

Kalau masih tak bayar dlm tempoh itu, plaintif boleh buat tindakan mahkamah semula dan kali ni hukuman lebih berat iaitu defenden kena bayar on the spot atau harta di sita atau waran tangkap dikeluarkan untuk ditahan.

Ni la pengalaman saya hari ni…..first time masuk kamar penghakiman. First time tgk hakim, dan lawyer2 bekerja. Tgk muka lawyer kes lain semua stress aje…..hehehehhee….oklah.

Apapun syukur semua sudah selesai. Just tunggu duit dipulangkan sahaja. Amiinnnnn. – FB