Berniaga sambil bersedekah, peniaga dipuji jual burger harga RM2

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Seorang peniaga, Red Roti John & Red Burger yang menjual burger pada harga berpatutan telah menjadi bualan hangat ramai di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman X, peniaga terbabit menjual burger

serendah harga RM2 kerana mahu membantu insan memerlukan yang mengalami masalah kewangan.

Jelasnya, walaupun mendapat untung jualan yang sedikit namun, peniaga berkenaan puas hati apabila melihat pelanggan gembira membeli burger pada harga ‘rahmah’.

Bukan itu sahaja, peniaga tersebut turut mendedahkan dia akan berkongsi rezeki dengan memberi makan kepada kucing jalanan menggunakan duit hasil jualan.

Berniaga sambil bersedekah, peniaga dipuji jual burger harga RM2

“Saya jual burger RM2 sebab saya nak kongsi rezeki dengan orang. Untung ada sikit tapi saya gembira bila tengok orang gembira.

“Pada masa yang sama saya akan beri kucing jalanan makan daripada hasil untung, kucing kat rumah pun ada juga. Jadi duit hasil saya akan kongsikan dengan kucing, bukan untuk saya sahaja.

“Burger biasa RM2, burger special RM3.50 dan burger double special RM5.00,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen puji sikap murah hati peniaga tersebut yang tidak memikirkan soal keuntungan demi membantu insan yang memerlukan.

Ujar netizen, bukan mudah untuk mencari burger berharga RM2 memandangkan keadaan ekonomi yang kian mencabar.

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar rezeki peniaga terbabit dimewahkan selalu dan berharap segala urusannya dalam perniagaan dipermudahkan.

BACA: Anak beranak termakan samosa ‘inti’ cicak dedah rasa sebenar cicak, rasa kenyal-kenyal