Seorang jururawat nyaris maut selepas tayar sebuah lori tangki tercabut dan terpelanting
ke arah kereta Honda City dipandunya di Jalan Bahau-Batu Kikir di sini pada Isnin.
Rakaman video kejadian itu yang berdurasi 37 saat turut tular di media sosial.
Menerusi video berkenaan, kelihatan tayar lori terbabit tercabut secara tiba-tiba di bahagian belakang dan terus terpelanting ke arah kereta dipandu mangsa dari arah bertentangan.
Lantunan tayar itu juga dilihat agak kuat, namun mangsa mangsa sempat membrek kereta dipandu daripada terbabas.
Mangsa yang memakai pakaian jururawat kemudian dilihat keluar dari keretanya.
@sinarharianonlineTAYAR LORI HENTAM HONDA CITY Rakaman video menunjukkan tayar lori menghentam sebuah kereta jenis Honda City yang dipercayai berlaku di Jalan Bahau-Batu Kikir, Negeri Sembilan. Semoga dipermudahkan urusan pemandu kereta yang terlibat. #SinarHarian #SinarTerkini
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook memaklumkan kedua-dua pemandu kenderaan terlibat telah pun membuat laporan polis.
“Kejadian itu tidak melibatkan kecederaan dan pemandu lori telah disaman di bawah Peraturan 94 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana komponen kenderaan tercabut,” katanya
BACA: Rupanya ini punya kenapa JPJ buat roadblock besar-besaran seluruh negara sepanjang bulan ini