Bersih Apanya, Skandal “Video Jijik” Pun Ada Dalam Kabinet,Tegur Umno

Pemimpin Umno terus mempertikaikan kerajaan Pakatan Nasional (PN) apabila Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin mendakwa, mereka yang terpalit dengan skandal yang menjijikkan juga berada dalam Kabinet itu.

Disebalik janji untuk kerajaan yang bersih dan berintegriti, kata Naib Presiden Umno itu, ramai yang tidak berintergriti berada dalam Kabinet itu.

“Malah ada di kalangan mereka yang terpalit dengan skandal yang menjijikkan tetapi masih dilindungi dan diberikan tempat dalam kerajaan,” dakwa Khalid melalui facebooknya menjawab kenyataan bekas Ketua Ketua Hakim Negara Tun Hamid Omar agar memberikan peluang kepada kerajaan yang ada.

Tun Abdul Hamid meminta supaya Umno, Pas, Bersatu dan parti-parti yang menyokong PN supaya bersatu teguh.

Bagi beliau, Tun Hamid wajarlah memahami perspektif kenapa Umno merasakan bahawa ia tidak mendapat agihan kerusi dengan adil.

Pertama, katanya, Umno dari awal telah menuntut agar parlimen segera dibubarkan untuk memberi laluan kepada satu pilihanraya.

Katanya, Umno hanya menukar pendiriannya setelah kedudukan politik Malaysia terus berkonflik kerana tindakan Tun Mahathir.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/yang-terpalit-skandal-menjijikkan-pun-dalam-kabinet-pn-kata-naib-presiden-umno/