Betul ke? Bendera Malaysia tiru bendera Amerika Syarikat, ini jawapannya.
Sedar atau tidak, bendera Malaysia dan bendera Amerika Syarikat mempunyai ciri yang sama sehinggakan ada yang menuduh Malaysia meniru.
Namun sebenarnya tiada istilah tiru dalam hal ini.
Tiada Istilah Tiru, Tahukah Anda Asal Usul Bendera Malaysia Dan Amerika Syarikat Adalah Sama
Kalau nak tahu, kedua-duanya mempunyai asal usul yang sama. Jom baca penjelasan daripada Ayman Rashdan Wong.
Bendera Malaysia merupakan hasil rekaan Mohamed Hamzah, seorang arkitek yang berkhidmat di bawah Jabatan Kerja Raya Negeri Johor.
Reka bentuk merupakan gabungan unsur bendera Johor dan juga umbul-umbul merah putih.
Lambang bulan sabit dan bintang menandakan hubungan antara kerajaan Johor dan Turki Uthmaniyyah (Ottoman) yang semakin rapat.
Warna merah putih pula dipakai secara meluas di Nusantara oleh pelaut kerana sejarah Majaphit sebaai kerajaan maritim yang hebat.
Kalau nak tahu bendera Amerika Syarikat juga sebenarnya berasal dari umbul-umbul kerajaan Majapahit.
Bendera US pun sebenarnya berasal dari umbul-umbul Majapahit ini. pic.twitter.com/TMykHjQ2cS
— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) August 23, 2020
Isu cultural appropriation timbul apabila kita transpose masalah orang US (eksploitasi Red Indian) ke dalam konteks Malaysia.
Ye lah bendera kita kan dekat-dekat.
Tapi kenapa ek bendera US dan Malaysia mirip sunguh?
Maka jadilah bendera US (Stars & Stripes) dan Malaysia (Jalur Gemilang) yang nampak sama tapi tak serupa. Samada sengaja atau kebetulan, hanya Allahyarham Encik Mohamed yang tahu. pic.twitter.com/4J1uP5NRP0
— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) August 23, 2020
Sebab asal usulnya sama.#inibebenang pic.twitter.com/0EjEqrSlAh
— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) August 23, 2020
Reka bentuk bendera Encik Mohamed yang terpilih dilakukan sedikit perubahan atas cadangan Dato’ Onn Jaafar yang nampak sama tapi tak serupa dengan bendera Amerika Syarikat.
Isu ‘bendera rakyat’.
Reka bentuk Encik Mohamed adalah gabungan unsur bendera Johor dan juga umbul-umbul merah putih.
Encik Mohamed asal Johor, so normal lah beliau nak promote negeri beliau. Plus Johor adalah tempat lahir nasionalisme Melayu yang patahkan Malayan Union. pic.twitter.com/vWgt6HN61h
— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) August 23, 2020
Kalau faham sejarah, tiada istilah tiru sekiranya bendera Malaysia hampir sama dengan bendera negara lain seperti Amerika Syarikat.
Menjelang kemerdekaan negara yang ke-63, pastinya negara tidak lari daripada isu pemasangan merdeka secara terbalik.
Pemakaian bendera dengan lambang bulan sabit & bintang menandakan hubungan yang semakin rapat antara Turki Uthmaniyyah (Ottoman) & Kerajaan Johor.
Sultan Abu Bakar menjadi pemerintah pertama dari Nusantara yang berjumpa dengan khalifah Uthmaniyyah (Abdul Hamid II ketika itu). pic.twitter.com/YIdSMAUr12
— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) August 23, 2020
Kadang tambah ular kat tengah-tengah. Sebab pejuang kemerdekaan US kata diorang terpaksa lawan Britain sebab kena buli, macam ular yang kena pijak (tread) akan serang balik. pic.twitter.com/HlTi14wIGo
— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) August 23, 2020
Umum sedia maklum, Jalur Gemilang menjadi simbolik kepada keberanian rakyat Malaysia dan kemuliaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja sebagai Ketua Agama dan Ketua Negeri bagi seluruh negeri di Malaysia.
Jadi penghinaan kepada Jalur Gemilang seakan melakukan penghinaan kepada seluruh rakyat Malaysia dan institusi Raja-Raja Melayu, bertentangan dengan konsep ikrar lima Rukun Negara.
Untuk pengetahuan anda juga, Seksyen (3) Akta 414, Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1963 menyebut bahawa seseorang yang menjual atau menggunakan Jalur Gemilang atau apa-apa tiruan yang serupa dengannya bagi tujuan perdagangan dan perniagaan atau menggunakannya di dalam cap dagang tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Menteri boleh didakwa.
Ada beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi dalam penggunaan Jalur Gemilang agar bendera yang menjadi simbol kebanggaan negara ini sentiasa dipatuhi.
Antaranya:
Reka bentuk Encik Mohamed dipilih dengan sedikit perubahn warna. Atas cadangan Dato’ Onn Jaafar, reka bentuk bintang lima bucu diubah kepada 11 bintang bagi melambangkan 11 negeri dalam persekutuan dan juga untuk elak persamaan dengan lambang komunis. pic.twitter.com/0Lks7VZeCZ
— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) August 23, 2020
1. Bendera hendaklah dipasang secara melintang sahaja. Bendera tidak boleh dipasang secara menegak sekiranya berkedudukan statik atau tidak berkibar. Walau bagaimanapun, pemasangan secara menegak dibenarkan sekiranya bendera disambung dalam kuantiti yang banyak (flagline).
2. Penggunaan bendera dalam bentuk pelbagai seperti pakaian dan sebagainya perlu dielakkan kecuali semasa sambutan Bulan Kemerdekaan dan jangka masa penggunaannya adalah terhad.
3. Tidak boleh menggunakan bendera dalam perkara yang ditafsirkan sebagai merendahkan martabat Jalur Gemilang seperti alas meja, kain tudung, payung, songkok, topi , tuala mandi, alas kusyen dan sebagainya.
Jalur Gemilang Tak boleh Dijadikan Tudung
4. Penggunaan bendera dalam pelbagai gaya dan bentuk seperti iklan dalam tujuan mempromosikan sambutan kemerdekaan adalah dibenarkan asalkan kreativiti tidak ditafsirkan sebagai menghina bendera.
5. Mengibarkan bendera yang telah uzur seperti pudar warnanya dan koyak adalah kesalahan dan satu ketidakwajaran yang tidak sepatutnya berlaku.
BACA:
Anak Norman Hakim simpan surat rahsia dalam Al-Quran, sekali isinya bikin dia sentap
Gunung berapi di Amerika dijangka meletup, rupanya dalam Al-Quran dah cerita pasal ini