Seperti yang kita sedia maklum, kisah Nabi Khidir AS yang telah diangkat ke langit masih menjadi perhatian ramai.
Banyak pertanyaan timbul mengenai sama ada beliau masih hidup atau sudah meninggal dunia.
Menurut penjelasan bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohammad Al Bakri,
umumnya para ulama mempunyai pandangan yang berbeza mengenai status kehidupan Nabi Khidir AS.
Menurut Imam al-Bukhari, al-Qadhi Abu Bakar bin al-‘Arabi, al-Hasan, Abu al-Husain bin al-Munadi dan Ibn al-Jauzi, mereka berpendapat bahawa Nabi Khidir telah meninggal dunia.
Di sisi lain, beberapa ulama seperti Imam al-Nawawi, Ibn Solah, al-Qurtubi dalam tafsirnya, dan Kamaluddin al-Damiri berpendapat bahawa Nabi Khidir masih hidup sehingga kini.
Pendapat yang sama juga dipegang oleh Ibn Kathir, Muhammad al-Amin al-Syanqiti dalam Adhwa’ al-Bayan, Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan ramai lagi.
Mufti Wilayah Persekutuan berpendapat bahawa Nabi Khidir telah meninggal dunia, berdasarkan perbincangan dan perbahasan yang dilakukan oleh para ulama. Hujah-hujah yang dikemukakan menunjukkan bahawa kewafatan Nabi Khidir adalah lebih kuat dan jelas.
Bagaimanapun, pandangan yang menyatakan Nabi Khidir masih hidup seperti yang dikemukakan oleh Imam al-Nawawi, Ibn Solah, al-Qurtubi dan sebahagian besar ulama tasawuf turut dihormati.
Mufti menambahkan bahawa tidak ada dalil yang menunjukkan Nabi Khidir masih hidup dan wujud seperti yang ramai percayai.
Jelasnya, penjelasan dari Mufti adalah sangat tepat. Walau bagaimanapun, harapannya agar persoalan berkaitan isu ini dapat terjawab dan perkongsian ini dapat memberikan sedikit pengetahuan kepada semua.
BACA: Gaji yang diterima Safawi Rasid buat ramai terkejut memang layak pon