Seorang lagi pemenang peraduan cabutan bertuah Honda Day 2024 tampil meminta Remy Ampang bertanggungjawab terhadap hadiah yang diberikan.
Nama Remy Ampang terus menjadi perbualan ramai kerana pelbagai kontroversi yang melibatkan dirinya berkaitan dengan hadiah Honda Day 2024.
Kini, seorang lagi pemenang, lelaki bernama Aimran, mendakwa dia adalah pemenang cabutan bertuah untuk hadiah ketiga berupa sebuah enjin K24 Type R.
Aimran menulis: “Hadiah ke-3 lucky draw Honda Day Malaysia 2024. Katanya enjin K24 ‘Type R’,
sampai sekarang masih tak dapat surat enjin.
“Ada sesiapa yang tahu, betulkah ini enjin K24 Type R?
“Pemenang hadiah ke-3 pun kena aniaya. Surat beranak untuk enjin itu pun tak ada. Macam mana nak pasang nanti JPJ tak lepas [luluskan], enjin wiring pun tak ada untuk test start, entah hidup entah tidak.
“Bengkel kereta semua tak mahu ambil risiko, risau nanti jadi besi buruk. Dalam enjin langsung tak ada minyak. Bau usuk minyak lama karat ada lah. Mohon Remy Ampang bertanggungjawab dengan hadiah ‘laki dro’ ke-3 ini. Jangan buat senyap bro. Lu padu, lu bagi surat enjin. Lu padu, lu ganti hadiah baru.”
Aimran kemudian berkongsi keadaan enjin tersebut.
“Enjin K24 Type R seperti dinyatakan di dalam akaun TikTok rasmi Honda Day Malaysia 2024.”
“Keadaan enjin yang diterima sebagai hadiah lucky draw kononnya K24 ‘Type R’.”
“Keadaan pulley yang berkarat, belting pun tak ada.”
“Cover atas sahaja spray merah kononnya Type R.”
“Selubung dengan kotak dekat sebelah pentas sebab malam tu hujan.”
“Enjin dibiarkan di tapak acara, Remy Ampang dan krew ada datang ke Sepang untuk membersihkan tapak acara, tetapi langsung tak pedulikan enjin yang kononnya Type R itu,” jelas beliau.\
BACA: Pembedahan jarak jauh jarak 9304 km berjaya dengan hanya guna PlayStation 5!