Aku Mary dan dah kahwin. Berdasarkan tajuk aku, korang rasa apa yang perlu korang buat bila korang dah nampak red flag sebelum kahwin?
Jadi ni aku random je lah ok. Cuma pendapat aku dari pengalaman aku sendiri.
Jadi pada aku, kalau korang dah nampak red flag before kahwin, korang angkat jelah kaki.
Tak perlu stay. Banyak contoh red flag. Suka naik tangan, suka bagi kaki, mulut asyik nak m4ki,
sikit – sikit mak sikit – sikit mak, kerap pinjam duit, kerap berkira, kaki k3tum tak kisahlah k3tum ori ke k3tum campur ke, suka lepak dengan member sampai 2-3am. Banyak lagi kan.
Kalau korang rasa something tu red flag, tak payah lah fikir panjang. Korang pergi je. Tak perlu berharap pun yang one day si dia akan berubah. Mungkin ada yang berubah selepas kahwin. Tapi percentage tu mungkin tak seramai yang masih kekal dengan per4ngai lama.
Ada yang berubah, tapi si isteri mungkin perIukan kesabaran yang tinggi untuk lihat hasilnya. Jadi ni dari pengalaman aku sendiri je lah. Masa bercinta tu memang tak pernah ada apa – apa yang pelik. Kitorang berlainan negeri.
Jadinya 2-3 bulan sekali baru jumpa. Dan masa jumpa tu normal je takde apa yang nampak macam red flag pun. Aku tengok orang sekeliling dia pun semua orang baik – baik, yang berkerjaya. Dia bukan kaki lepak, kalau dia wasap kata nak tidur pukuI 10pm, pukuI 6am aku bangun aku tengok last seen dia masih sama (ni b0doh aku jugaklah sebab tak pernah fikir pulak nak cek telegram and lain – lain).
I tengok fb dia, ig dia semua posting macam ok jelah takde yang ‘nakal’ pun. Jadi dah jumpa family apa semua, kami pun nak bertunang. Selang beberapa minggu selepas tu, alhamdulillah bertunang la kitorang. Lepas beberapa minggu macam tu Umi aku macam dah siap – siap la buat list itu ini untuk majlis kahwin.
Aku masa tu aku tahu bertunang ni banyak ujian dia dan bertunang ni pun kira satu fasa untuk kita lebih kenal bakal pasangan kita. Aku cakap dekat Umi “nanti dulu lah. Baru je lagi bertunang. Ada banyak masa lagi”. Tapi simptom mak – mak mungkin excited anak nak kahwin kan.
Aku pula masa tu dah cakap buat majlis biasa je, aku taknak majlis besar, jemputan ramai macam adik beradik aku yang lain. Tapi Umi tetap dengan 1000 jemputan dia. Masa ni banyak bajet jugaklah nak kena pakai. Apa yang aku rancang semua tak kena. Semua kena ikut cakap Umi.
Aku kata nak buat jemputan 300 je, mana yang jauh tu nanti aku buatlah kad digital jadi boleh whatsapp je. Kira dah boleh cut cost sikitlah kat situ. Tapi Umi tetap dengan 1k kad jemputan. Siap banner bunting semua tu lah.
Sampai sekarang aku fikir apa lah function banner bunting tu. Bergulung dalam almari je. Pakainya sehari. Takkan aku nak g4ntung kat rumah pula kan. Jadi macam tu lah 1k jemputan, 1k kad undangan. Lepastu bab baju sanding semua aku dah fikirlah dengan butik mana apa semua.
Tapi Umi pergi buat pulak dengan orang yang sama macam adik beradik yang lain. Sudahnya aku memang nyesal sampai harini sebab macam h4ntu MUA tu mekap. Jadi sepanjang tempoh tunang ni pun, kami ok je takde isu apa – apa.
Jadi dah masuk 3 bulan bertunang aku pun masih la buat preparation sikit. Sampailah lagi 2 minggu tarikh nak kahwin. Aku tak tahu kenapa aku pegang phone, aku buka ig. Lepastu tiba – tiba aku search IG dia. Pastu masani lah tiba – tiba tertekan following follower dia kat IG.
Jadi bahagian follower ni ok jelah nothing suspicious pun. Ada yang aku kenal. Tapi bila tengok bahagian following aku jadi terk3jut giIa. Aku macam kenapa baru hariniiii aku tergerak hati nak tengok. Aku terk3jut sebab following dia mostly perempuan.
Perempuan yang macam menggoda macam tu lah. Ada lah 3-4 following yang macam b0hsia kot aku think sebab posting dorang semua macam s3ksi atas katil nampak lurah itu ini. Masa ni tangan aku gigil. Aku fikir lagi 2 minggu nak kahwin betul ke apa yang aku buat ni.
Jadi masa ni aku rasa macam red flag tau sebab following dia semacam sangat. Aku siap tengok lah komen dia dekat posting perempuan perempuan ni. Ayat “padu” “mantap”. U know lah what i mean, apa yang padu mantap tu.
Jadi dia call, whatsapp aku ignore je. Bila aku dah rasa ok dah tenang, aku carilah dia. Aku mesej dia, aku cakap ada benda nak tanya. Jadi bila dia tanya apa dia, aku pun tunyuk screensh0t IG dia tu dan aku send kat dia. Aku tanya kenapa follow benda – benda macam ni apa semua.
Jawapan dia, dia kata IG dia kena hacked dah lama kena hacked. Aku rasa macam tak logik bila dia kata kena hacked sebab seminggu dua sebelum kejadian tu aku ada je chat dengan dia kat IG. Takkan bukan dia yang reply?
Aku tau tak logik, aku cakap terus tak logik. Dia kata dia pun tak perasan ig kena hacked which is hacker ni buat macam tu sebab nak kenakan dia lah. Aku cakap takkan lah kena hacked tak perasan kan. Pastu kitorang g4duh la sebab hal ni.
Dan dia diam je tak cakap apa – apa kat aku. Aku pulak masa ni memang dah rasa red flag bila tengok following tu, tambah lagi bila dia bagi alasan yang pada aku tak logik. Lagi 2 minggu nak kahwin, aku pun terus terang dengan Umi abi.
Aku tunjuk siap – siap IG dia tu. Aku tahu lagi 2 minggu nak kahwin, persiapan pun dah banyak lah kan. Cuma silap aku mungkin tak sedar nak cek dari awal. Cuma masa tu aku fikir, takpe walaupun aku rasa lambat tapi ok lah aku tak kahwin lagi, mungkin boleh buat sesuatu.
Aku cerita dekat Umi abi pasal hal ni. Aku ingat dorang akan sebeIahkan aku. Tapi jawapan Umi, “dia silap kot tu mungkin betul kena hack. Takkan nak batalkan kahwin pulak. Barang semua dah siap, katering dah tempah, baju mekap semua dah booked. Kanopi semua. NANTI APA KATA ORANG”.
Masa ni aku sedih dengan ayat Umi. Dari nak tempah kad kahwin, jumlah tetamu jemputan, sampai dah lepas apa yang aku cerita tu Umi cuma fikir “NANTI APA KATA ORANG”. Aku tak salahkan Umi abi. Lelaki ni pun pilihan aku sendiri. Takde p4ksaan.
Mungkin masa bercinta dia pun takde yang bukan – bukan, jadi aku ingat dia ok jelah. Taktau lah pulak lagi 2 minggu nak kahwin baru hati aku tergerak nak itu ini. Masa pun berlalu, majlis pun diteruskan. Jujur masa akad nikah tu aku memang rasa nak lari. Tapi kaki aku kaku. Mana aku nak lari.
Dah jadi isteri, aku pun kenalah ikut suami kan. Masa ni dia pun tak marah aku dah. Aku harap ok jelah. Sampai lah sebulan kahwin macam tu kot aku lupa dah tapi yang pasti usia perkahwinan tu memang masih baru. Ada satu malam tu biasalah suami isteri kan tidur mestilah sekatil.
Aku baring macam biasalah takde tengok fon apa semua, aku diam je. Dia pun diam je takde cakap apa – apa dengan aku. Sebab dia pegang phone. Jadi masa ni aku diam and tengok je apa dia buat. Guess what? Dia buka ig dan dia tengok perempuan – perempuan s3ksi.
Kiranya bila buka ig tu memang terus terpampang lah perempuan – perempuan tu. Kalau tengok part search IG tu, semua keluar perempuan s3ksi. Takdelah keluar vid masak memasak ke apa ke. Kalau benda tu tak disengajakan, kita mestilah macam terk3jut kan dan mesti nak cepat – cepat nak tutup page tu. Tapi dia tak. He keeps scrolling.
Dalam gelap tu aku pun teruslah bersuara “u tengok apa ni”. Haa barulah dia cepat – cepat tutup phone dia kata takde tengok apa – apa. Aku cakaplah aku nampak kot, dia tetap tak mengaku dia kata aku salah tengok. Padahal kalau bagi aku Quran masa tu aku sanggup bersumpah dengan apa yang aku nampak.
Aku baring sebeIah dia kot apa nya yang aku salah nampak. Aku tak tahu kenapa dia boleh nak tengok macam tu. Dia lupa dia dah kahwin? Dia lupa aku kat sebeIah dia? Dia fikir aku tido m4ti? Masa ni aku memang rasa macam tak percaya dah.
Ye betul dia bukan kaki lepak, kaki mesin, kaki minum, kaki pukuI. Bukan. Kaki perempuan? Entahlah. 2-3 hari jugaklah aku tak tegur dia. So lepas – lepas tu ok balik. Tapi kepercayaan tu dah kurang lah. Dalam hati tu rasa “kenapa la tak lari je malam nikah tu”. Dia pun act normal jelah. Takde dah aku tengok dia pelik – pelik.
Kadang – kadang aku curi la masa cek fb dia. Bila buka search kat fb tu memang nama nama perempuan je. Nama aku takde ya. Dia tak cari pun aku. Takde nak stalk aku pun. Dalam banyak nama ni ada satu nama yang dia kerap search and nama ni sentiasalah dalam top search laki aku ni.
Tapi aku takde rasa suspicious ke apa sebab dp fb perempuan ni pun gambar dia dengan husband dia which is perempuan ni dah kahwinlah. Aku tak nampak lagi apa yang pelik. Sampai lah satu hari tu husband aku balik kerja, bawa sekali beg kerja dia masuk rumah.
Lepastu malam dia siap – siap nak solat kat masjid. Aku pun ok jelah. Tapi tertimbul rasa ada pelik yang tak kena bila suami aku pergi masjid dan dia bawa sekali beg kerja dia. Beg kerja biasalah dalam tu ada data, ada laptop, tab.
Aku macam dalam hati “kenapa nak bawak beg sekali. Kat rumah kan lagi selamat. Dalam kereta nanti kalau kena r0mpak macam mana?”. Instinct seorang isteri tu dah rasa lain tapi takpe aku tunggu masa yang sesuai. Jadi masa yang sesuai pun tiba.
Ada satu hari dia rushing keluar dan tak sempat nak bawak beg kerja ni. Aku pun cepat – cepat buka beg dia. Instead of ambil laptop or tab aku tak tahu kenapa tangan aku pilih hardisk. I buka hardisk sekali pandang nampak macam takde apa – apa.
Sokay. Aku pun cek satu – satu nama folder sampai aku jumpa aku folder yang namanya macam musykil sikit. Bila aku buka folder tu, mengucap panjang. Dalam folder ni ada banyak sangat folder perempuan. Ada folder vid Iucah yang dia download.
Ada banyak folder gambar perempuan tunjuk atas bawah (ni bukan dia download dari any website ya). Tapi ni mungkin gambar yang dia SC dari vid call atau perempuan tu sendiri rela bagi. Idk. Ada yang bikini, ada yang n*ked terus.
Ada yang dalam keadaan menghairahkan. Tangan aku gigil tapi takpe aku scroll lagi. Apa yang aku dah jumpa ni aku buat copy simpanan untuk aku. Aku scroll folder then aku jumpa satu folder yang betul – betul buat remuk hati.
Aku jumpa folder diorang bersama, z1na lah. Aku rasa h4ncur hati betul ke ni suami aku. Yang rajin pergi masjid yang kopiah tak pernah hilang kat kepala sepanjang aku kenal. Ada lah some video dia berz1na dengan perempuan yang ni.
Yes dia record. Aku tak tahulah perempuan ni tahu ke tak dia di record. Aku tak tahu. Ada jugak vid z1na dengan perempuan lain. Aku tak tahu berapa ramai perempuan yang dia dah pernah rasa tapi yang aku tengok dalam folder tu 2 orang kot.
Tapi dah banyak kali lah sebab tengok ruangan hotel tu bilik lain – lain. Ada juga screen recording vid call yang dorang ni ber vid call start dari perempuan ni berpakaian sampailah satu – satu perempuan tu tanggalkan dari badan dia. Ni apa ya?
Cuma masa ni aku tak cam lagi sape perempuan – perempuan ni. Tu vid. Part gambar lain. Banyak perempuan. Ada lah dalam 10 camtu kot folder perempuan yang berbeza. Masa tu aku cuma fikir macam mana ya perempuan ni boleh bervid call dengan lelaki dalam keadaan begitu dengan aksi yang menggoda macam tu.
Aku tak boleh nak scroll lama sebab aku tak tahu bila husband aku balik. Aku copy mana yang aku rasa pentinggg aku simpan untuk simpanan. Lepastu aku kemas balik macam biasalah delete history apa semua. Dia balik, aku buat macam biasa walaupun dalam hati dah menyirap.
Aku ambil masa sebab aku tak tahu perempuan tu siapa. Sampailah ada satu hari ni, aku g4duh dengan dia. Masa g4duh dia pun tak pujuk – pujuk. Macam biasalah mengadap phone. Esoknya tu dia bangun mandi nak subuh. Masa dia mandi aku cepat – cepat buka fon dia, tangan aku terus on telegram.
Tak tahu kenapa sebab selama ni aku cek wasap je. Tak pernah langsung cek tele. Pagi subuh tu tangan aku buka tele dia. Ada satu conversation dia dengan perempuan ni tapi bila aku buka mesej dah takde lah. Dia dah delete. Dia delete mesej je. Dia tak delete chat.
Instinct seorang isteri kan. Isteri – isteri faham lah. Orang lelaki memang tak akan faham kelebihan instinct isteri ni. Aku rasa macam ada sesuatu dengan perempuan ni tapi otak aku loading giIa nak ingat sape perempuan ni.
Lepas dah beberapa minggu, barulah aku sedar sape perempuan ni. Perempuan yang dia chat dekat tele ni, perempuan ni lah yang dia selalu search kat fb. Yang aku kata sentiasa jadi top search fb suami aku tu. Dan perempuan ni lah antara perempuan yang dah berz1na dengan suami aku. Vid yang aku tengok tu.
Aku tak tahu masa dia berz1na tu status dia masih isteri orang atau janda atau anak d4ra aku tak tahu. Tapi kalau ikut details hardisk, dalam tempoh tu kemungkinan besar dia masih isteri orang. Aku masih diam macam tak de apa jadi.
Tapi dalam masa aku selalu curi masa dan peluang untuk aku buka lagi hardisk, buka fon husband untuk aku cek. Ada satu mesej ni kat tele, aku buka dorang chatting sweet macam tulah lepas tu perempuan ni diam je. Suami aku pun mesej la tele perempuan ni. And dia reply “sorry line tak clear. Suami i ada”.
Heii perempuan apa ni. Zaman sekarang lelaki perempuan sama naik ya hidung belang. Aku macam h4ncur lah perempuan yang berz1na dengan suami aku ni, selain status isteri orang.. Pakaian dia pun bukanlah macam yang suami aku tengok dekat ig tu. Pakaian dia atas bawah tutup.
Kalau aku takde dekat rumah lama.. Bila cek fon suami mesti dia vid call dengan perempuan ni. Ada je perempuan lain yang dia try.. Tapi yang satu ni memang kerap sangat. Satu hari ni aku bangun nak subuh, suami aku takde, pergi masjid.
Aku dah siap solat subuh memang tak tahu kenapa rasa nak cek email suami. Dia memang feeling tu datang tiba – tiba je tau. Takde apa – apa yang suspicious dari husband aku yang buat aku nak cek. Dia tiba – tiba je. Bila aku buka email dia, ada satu hotel confirm4tion.
Aku pun bukalah dan checking tu date dia lagi 2 hari. Katil extra large untuk muat 2 orang. Aku menung kejap. Nak kata dia ada kursus, takde pulak dia inform. Aku dah tahu dia booking hotel. Aku ambil fon dan snap pastu aku off email dia.
Aku diam je tunggu sampai dia buka mulut. Sehari sebelum date tu, dia inform kena pergi sekian – sekian ada kursus. Kira last min macam tu lah. Aku tanya lah tido kat mana nanti. Aku tahu je dia tido hotel sebab dah booking kan cuma nak tahu jawapan dia sama tak dengan apa yang aku dah tahu.
That’s it dia tipu. Dia kata tido kat sekian – sekian company dah uruskan satu bilik sharing 3 orang bla bla bla. Dia tak mention pun tido hotel ni. Nak kata cancel booking pun takde jugak. Takpelah aku biar dia pergi. Dia balik je, mandi, aku cek tab dia.
Yes ada video, aku cek fon, aku buka wasap ada wasap dia dengan perempuan tu. Dia bagitau lah perempuan tu tingkat berapa bilik nombor berapa. Aku tak tahu lah perempuan ni peIacur free ke apa. Tapi status isteri orang, langsung takde rasa bersalah dengan suami sendiri masa dia menyedap dengan lelaki lain.
Tak fikir panjang. Suami aku tidur. Aku ambil fon. Aku contact perempuan guna whatsapp. Mula – mula dia tak mengaku. Dia kata dah lama dia tak jumpa dengan suami aku. Masa ni aku menyirap betul kau ni dahlah isteri orang, bertudung lagi, stokin pakai handsock pakai tapi berz1na macam takde rasa apa.
Aku terus tunjuk screenh0t conversation dorang tu. aku tunjuk jugak gambar tak berpakaian dia yang suami aku simpan. Aku send jugak vid tu. Dia terdiam. Dia mengaku. Dia mintak maaf dan dia janji tak akan kacau lagi.
Tapi perempuan macam ni jenis tak pernah serik. Mungkir janji. Aku contact dia 2 Kali. Kali pertama dia dah janji. Tapi dia ulang cari lagi suami aku, aku contact dia lagi untuk kali kedua. Tapi kali ni aku bagitahu suami aku yang aku mesej dia.
Suami aku lebih pilih perasaan perempuan tu yang marah sebab kena kacau dengan aku instead of tanya aku kenapa aku buat macam tu apa semua. Dari yang lepas kali kedua aku contact dia tu, aku Ingat dia dah stop.
Rupanya tak. Lepas kejadian kali kedua aku wasap dia, dah 3 kali dia berz1na dengan suami aku. Memang tak boleh dimaafkan lagi. Z1na, vid call Iucah, sembang pun hal mengarut, send gambar tak berbaju. Sebab tu aku selalu ingatkan diri aku jangan judge orang based on pemakaian. Sebab macam ni lah. Yang kita tak sangka – sangka.
Aku ambil perancang tanpa pengetahuan suami, aku tak nak susah kemudian hari. Lebih baik macam ni je period tiap bulan. Aman hidup aku. Mak mertua aku pulak selalu cakap kat aku anak dia baik, tak main perempuan tak suka lepak itu ini.
Aku isteri, aku lebih tahu, lebih kenal walaupun usia perkahwinan tu tak selama mak mertua aku jaga anak dia. Kadang – kadang kesian tengok mak mertua, aku rasa better la biar anak lepak luar daripada lepak sorang dalam bilik sebab lagi bah4ya rupanya.
Banyak lagi. Tapi aku mintak cerai. Korang doakan proses ni berjalan lancar ya. Sebelum terkena jangkitan apa – apa better la aku pilih status J. Menyesal? Sangat. aku menyesal kenapa tak tahu dari awal. Aku menyesal kenapa tak angkat kaki bila dah nampak red flag.
Aku menyesal kenapa tak lari pergi mana – mana masa hari akad nikah. Atau hari sebelum nikah. Aku menyesal kenapa lambat nampak red flag. Aku menyesal kenapa nampak red flag tu bila persiapan kahwin dah 90% siap dan aku tak boleh nak undur diri sebab Umi “NANTI APA KATA ORANG”.
Jadi nasihat aku, kalau korang belum ada ik4tan. Tapi dah nampak red flag. Fikirlah panjang. Tak mudah kita nak ubah orang. Lagi – lagi kalau benda tu kesalahan yang berulang. Kalau dah ada ik4tan tak semua parents akan pilih untuk batalkan.
Some of them akan pilih untuk teruskan daripada tanggung malu. “TAKPE NANTI ISTERI BOLEH BENTUK SUAMI”. NOOO. Suami tu ketua keluarga suami lah yang kena jadi pembimbing. Kita tak boleh semudah tu nak ubah orang.
Aku pun mungkin sebab dah lama sabar dan bagi peluang tapi aku tak nampak hasil so aku rasa pisah je jalan terbaik. Tak semua orang kahwin nak cerai. Aku salute dengan wanita – wanita yang berani minta cerai kerana did3ra em0si fizikaI nya.
Masih ramai wanita yang pilih untuk bertahan dengan perkahwinan yang t0ksik sebab sayang dan berharap pasangan akan berubah. Hakik4tnya tak semudah itu dan tak sekelip mata mereka akan berubah. Semua makan masa dan perIukan kesabaran yang tinggi.
Jadi korang kalau dah nampak red flag, tinggalkan jelah kalau tak nak menyesal kemudian hari. Aku follow group fb isu – isu mahkamah syariah. Private group. Korang bolehlah follow untuk tengok banyaknya isu rumah tangga yang bermasalah.
Masyarakat kita dah tenat sebenarnya. Semoga urusan kita semua sentiasa dipermudahkan. Akhir sekali doakan supaya takde siapa pun perempuan dalam dunia ni yang akan rasa apa yang aku rasa. Semoga kita semua sentiasa bahagia dengan cara kita. – Mary (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Nur Faizun : Bagus awak. Dannn tolonglahh korang jangan normalisekan “apa orang kata” . Lantaklah orang nak kata apa . Cerita tengah hangat memang masing – masing dok bercakap, esok – esok lupalahh dorang. Yang nak menanggung kita, yang nak hadap pun kita, bukan orang – orang yang dok kata tu.
Azlina Harun : Betul tu.. kalau dah ada nampak red flag tu silalah undur diri walau macam manapon sebab kesannya lepas kahwin akan lebih teruk.
Bukan senang seseorang tu nak berubah lagi – lagi dah biasa macam tu buat tanpa rasa bersalah dan berd0sa. Tt pandai rancang untuk tak dapat anak bagus la.. kalau ada anak macam lebih susah nak lari. Semoga kes cerai dapat berjalan lancarlah hendaknya.
BACA: “Saya mampu bertahan selama ini hanya kerna keluarga suami terlalu baik, sampai saat ini