Betul ke orang berpendidikan boleh buat perubahan? Individu ini dedah sikap sebenar orang berpendidikan tinggi
Sebagai orang dalam bidang pendidikan, aku kekadang tergelak juga bila orang kabor pendidikan boleh membuat perubahan.
Tergelak sebab kenyataan tu agak kelakar.
Sebahagian besar kenyataan itu amatlah benar. Pendidikan memang boleh membuat perubahan. Tapi ia tidak terpakai untuk semua orang, lebih-lebih lagi rakyat Kelantan.
Setiap tahun bila keluar keputusan SPM, Kelantan mencatatkan keputusan yang sederhana cemerlang.
Tidaklah paling teruk dan tidaklah paling cemerlang. Dalam 14 negeri, Kelantan berada di tangga ke-7.
Tengah-tengah. Lebih atas berbanding negeri-negeri maju seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur, dan Selangor.
Banyak juga sekolah di Kelantan mencatatkan jumlah straight A. Pandai-pandai orang Kelantan ni belajar.
Dalam universiti awam, umum mengetahui mahasiswa Kelantan memang ramai. Hampir semua jurusan memang akan ada orang Kelantan termasuklah jurusan-jurusan kritikal seperti perakaunan, kejuruteraan, dan perubatan. Itu belum lagi kira dalam jurusan pendidikan.
Jumlah penjawat awam pun ramai juga orang Kelantan. Dari kumpulan pelaksana hingga pengurusan, ada orang Kelantan.
Pergilah mana-mana jabatan dan lihat sendiri. Dalam uniform seperti polis, tentera, jururawat, bomba, dan lain-lain juga ramai rakyat Kelantan. Mereka semua dilantik atas dasar merit dan bukanlah lantikan politik.
3 contoh keadaan tu dah cukup untuk buktikan bahawa rata-rata orang Kelantan adalah terdidik dari peringkat rendah hingga peringkat tertinggi. Yang tak terdidik secara formal pula terdidik secara tidak formal iaitu dengan memasuki bidang perniagaan. Itu pun bijak juga.
Tapi tu la. Macam aku kata awal-awal tadi. Pendidikan bukanlah jawapan untuk mengubah negeri Kelantan.
Sebabnya dari 1991 hingga sekarang, Kelantan tak berubah.
Rakyat terdidik, masyarakat cerdik, kerjanya baik-baik, tapi kepala masih sempit. Duk takut pada benda yang tak pasti. Masih termakan hasutan politician yang hanya memikirkan kepentingan diri. Masih percaya pada perkara-perkara superficial. Asalkan pakai serban + jubah terus percaya hidup-hidup.
Apa yang diperlukan oleh rakyat Kelantan secara keseluruhan ialah revolusi mentaliti. Mengubah doktrin. Mengubah stigma. Mengubah persepsi.
Mengubah sistem kepercayaan (belief system). Itu yang kena dibuat.
Jangan cakap ia mustahil. Orang Melayu rata-rata tidak takut untuk berubah. Aku sebut orang Melayu sebab majoriti Kelantan tu Melayu.
Orang Melayu dah banyak kali berubah. Paling mutakhir, dalam PRU -14 tahun 2018 menyaksikan orang Melayu berani melawan tradisi dengan tidak mengundi UMNO hingga jatuh terus UMNO.
Tapi orang Melayu Kelantan ni, memang totok habis. Takut nak berubah. Berbeza dengan Melayu-Melayu negeri lain. Sampai kiamat mahukan PAS walau tak dapat apa-apa manfaat.
Selain pendidikan, pergi berjalan ke luar juga tak mampu ubah mentaliti Kelantan. Cannot brain la macam mana tiap hari mengadap kesenangan di negeri luar, tak timbul langsung rasa nak Kelantan senang begitu jugak.
Okeylah. Cukup untuk pagi ini. Teruskanlah hidup macam biasa dan biarkan orang Kelantan bersorak. Nak menang 14-0 ke, nak menang 45-0 ke, nak menang 100-0 ke, suka hati mereka.
Kesimpulannya, pendidikan itu boleh mengubah segalanya kecuali orang Kelantan.
BACA:
Siapa sangka pengemis yang selekeh pun ada simpanan dekat RM150000, rupanya ini cara dia simpan duit