Betul ke Selangor maju sebab bersebelahan dengan Kuala Lumpur? Ini kisahnya

Oleh GEMILANGDAILY

Betul ke Selangor maju sebab bersebelahan dengan Kuala Lumpur? Ini kisahnya

Silap cara lihat MB Kedah! Tidak semua pemimpin boleh membawa kemajuan walau Selangor sebuah negeri yang sentiasa di depan.

Contohnya prestasi pemimpin PN ini ketika mengetuai pentadbiran.

Betul ke Selangor maju sebab bersebelahan dengan Kuala Lumpur? Ini kisahnya

Kita bandingkan sendiri berdasarkan data-data sahih seperti dilampirkan di sini dalam empat bidang sahaja antara DS Azmin Ali dengan pendahulunya TS Khalid Ibrahim dan penggantinya DS Amirudin Shari.

Pelaburan bidang pembuatan merosot berbanding Khalid tetapi meningkat selepas ditadbir Amirudin.

Begitu juga sumbangan KDNK: era Khalid sudah meningkat tetapi menurun semula tahun-tahun Azmin. Masuk lima tahun pentadbiran Amirudin, sumbangan KDNK melonjak semula.

Rekod hutang negeri kepada persekutuan begitu juga. Era Tan Sri sudah ada usaha membayar hutang tetapi Azmin menambah semula. Hanya zaman Amirudin, hutang negeri berjaya dikurangkan.
Rizab negeri juga begitu. Era Khalid ia meningkat tetapi menurun tahun-tahun bawah Azmin. Rizab menokok semula ketika ditadbir Amirudin.

Pengikut PAS yang percaya cakap pemimpin mereka, konon Selangor maju kerana ada Kuala Lumpur, boleh semak sejarah awal ini.

Hakikatnya sumbangan KDNK Selangor selalu di depan Kuala Lumpur.

Mungkin grafik teks yang berkata 'Selangor tumpang tuah KL je. Kalau Kedah dekat KL pun Kedah boleh maju. Maknanya tak guna la undi hang sebab hang tak gheti nak bagi Kedah maju. Lagu tu kaa? Aiseh! NUSI NUSI POLITOON'DE'

Kita tidak perlu bertekak, hanya perlu sedikit rasa rendah diri berdepan fakta sejarah dan kebenaran. Boleh dapatkan buku sejarah awal negeri ini (1766-1939) daripada Inisiatif Buku Darul Ehsan – IBDE

Kuala Lumpur, sebagai ibu negeri Selangor, mula dimajukan melalui perlombongan timah beberapa tahun sebelum 1880 (lebih tepat: 1850-an di Ampang). Persaingan waktu itu, malah, menghasilkan dua siri perang saudara.

Pelabuhan Kelang mula dibuka pada 1900 tetapi landasan kereta api ke ibu negeri baharu itu dibuka lebih awal, pada 1886. Jalan darat juga dibangunkan antara dua bandar ini, antara Kelang ibu negeri lama ke Kuala Lumpur.

Kemudian jaringan jalan ini dibina hingga ke sempadan Perak, ke Hulu Langat dan juga ke Kuala Langat. Laluan kereta api juga dikembangkan mengikut logik perkembangan ekonomi waktu itu.

Hasil kepesatan awal itu, Selangor mengutip 12 juta dolar pendapatan pada awal 1910, meningkat sekali ganda daripada 6 juta dolar sepuluh tahun sebelumnya.

Empat tahun kemudian, perbelanjaan Selangor 20 juta dolar, defisit 6 juta dolar kerana hasil negeri hanya 14 juta dolar.

[SEMUA maklumat ini ada dalam buku Sejarah Selangor karya JM Gullick, bekas pegawai kolonial di Malaya yang kemudia menjadi sarjana sejarah]

Selain kepesatan ekonomi, kedudukan kota ini yang strategik menjadikannya sesuai untuk pusat pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Ia berada di tengah-tengah antara Perak, Pahang dan Negeri Sembilan.

Kemudian, pada 1948, Kuala Lumpur juga diangkat sebagai kota pusat pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu yang awal, projek perpaduan negeri setelah Malayan Union ditolak dua tahun sebelumnya.

Di Istana Selangorlah (kemudian dijadikan Istana Negara pertama) dikibarkan bendera Persekutuan Tanah Melayu yang pertama dengan sebelas (11) jalur merah putih. Tarikhnya 26 Mei 1950.
Kemudian kerajaan persekutuan memohon daripada Selangor agar wilayah ini dijadikan ibu kota yang ditadbir pemimpin pusat.

Maka Selangor mengorbankan wilayah paling kaya di negara ini kepada kerajaan persekutuan pada 1974 setelah 100 tahun ia dimajukan. Kerjasama ini menguntungkan kedua-dua kawasan geografi ini.

Maka, tidaklah benar Selangor menumpang ekonomi Kuala Lumpur untuk maju seperti disebut oleh mereka yang lalai sejarah. Kedua-duanya saling memerlukan, kerjasama yang menguntungkan.

Dengan kata lain, Selangor meletakkan asas yang cukup utuh untuk Kuala Lumpur maju dan terus maju. Selangor berkorban besar. Kedua-duanya, Selangor dan KL, terus menimba laba hasil kerjasama ini.

Selangor tidak menuntut Kuala Lumpur dipulangkan, tidak seperti MB Kedah hingar-bingar tentang Pulau Pinang. Di situlah bezanya kebijaksanaan Selangor

BACA:

“Suami baru je meninggal tak sampai sebulan saya dah berkawan dengan kawan baik suami..Kebetulan dia dah menduda dekat 5 tahun”

“Bare kawe pitih demo”, tokey kasut bundle ini jackpot kasut nike vintage RM1.8 juta