‘Betul punya santai tu bang..’ Banduan ‘healing’ atas bumbung penjara sambil memakai seluar dalam rupanya tengah protes
SEORANG banduan penjara telah naik ke bumbung HMP Frankland di County Durham dengan hanya berseluar dalam kerana merusuh.
Bagaimanapun, berlaku pergaduhan antara dia dengan polis yang cuba untuk membawanya turun.
Disebabkan itu, seorang perunding dihantar bagi memujuknya.
Kejadian kira-kira jam 3 petang itu disahkan Kementerian Kehakiman.
Menurut jurucakap Perkhidmatan Penjara, kakitangannya berusaha untuk membawa banduan itu turun dengan selamat.
“Tiga pegawai polis dan perunding memakai peralatan perlindungan yang dipasang pada bumbung penjara bersama kabel semasa mereka bercakap dengan banduan terbabit.
“Pun begitu, banduan berkenaan berbaring secara santai di atas bangunan,” katanya.
Banduan itu juga membawa besi sebagai senjata yang mungkin digunakan untuk kekerasan.
BACA:
Ibu benarkan anak berjudi dengan kawan-kawan dirumah, sekali lain pula jadi bila Polis beri salam