Biadap dengan Catriona, peserta program realiti kena sekolah dengan Syafinaz

Oleh GEMILANGDAILY

Biadap dengan Catriona, peserta program realiti kena sekolah dengan Syafinaz. Seorang peserta program hiburan All Together Now Malaysia (ATNM) musim kedua yang dikenali sebagai Ika telah menjadi perhatian netizen selepas tular sedutan video program terbabit.

Ika dikatakan biadab kerana memberikan jawapan sarkastik apabila ditanya oleh Catriona Ross. Susulan itu, Catriona Ross juga telah memberikan teguran kepada Ika yang berusia 16 tahun itu di belakang pentas.

Terkejut dengan tingkah laku biadab peserta tersebut, Datuk Syafinaz Selamat selaku kapten program itu turut tampil bersuara menegur baik Ika.

@syafinazselamat.fans ‘Attitude kena cantik’ #datuksyafinaz #syafinazselamat #datuksyafinazselamat #toknaz #kapten #ketuajuri #juri #judge #vocalcoach #atnm #atnm2 #atnmy #atnmy2 #alltogethernow #alltogethernowmy #alltogethernowmy2 #alltogethernowmalaysia #alltogethernowmalaysiamusim2 #feartolaktepi ♬ original sound – Datuk Syafinaz FANS

“Sayang, nasib baik u bukan anak murid i, kalau anak murid i cakap macam tu, dah lama menangis. Tolong hati-hati ketika menjawab soalan. Kena cantik sikit bahasa kita ya adik.” kata Datuk Syafinaz.

Biadap dengan Catriona, peserta program realiti kena sekolah dengan Syafinaz

Tambahnya, dia berharap gadis berkenaan dapat memperbaiki cara menjawab soalan dan bahasa yang digunakan juga seharusnya ‘cantik’ kerana selain bakat, ‘attitude’ juga penting.

BACA:

Ini sebab Ummi Nazeera tarik diri dari Muafakat Nasional

‘Pegawai Tabung Haji’ curi duit pencen pesara RM92,000

Ini sebab Stadium Piala Dunia Qatar akan dimusnahkan