“Biasanya kita dengar ibu tunggal sanggup berperang demi hak penjagaan anak tapi ibu aku lain sanggup tinggalkan aku dengan ayah”

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

“Biasanya kita dengar ibu tunggal sanggup berperang demi hak penjagaan anak tapi ibu aku lain sanggup tinggalkan aku dengan ayah”

Ibu pernah melahirkan anak pertamanya, tetapi anak itu juga ibu tidak jaga sebaliknya diserahkan kepada saudaranya sebagai anak angkat.

Demikian juga halnya dengan anak ketiga ibu, juga diserahkan kepada orang juga sebagai anak angkat..

"Biasanya kita dengar ibu tunggal sanggup berperang demi hak penjagaan anak tapi ibu aku lain sanggup tinggalkan aku dengan ayah"

Aku lihat ramai ibu-ibu tunggal bukan setakat berjaya besarkan anak-anaknya beri makan pakai, tetapi berjaya mendidik-mendidik mereka hingga ke menara gadis. Dan akhirnya bekerja. Tetapi ini bukan bermakna semua kaum lelaki gagal mendidik dan besarkan anak-anaknya, tetapi kalaupun ada jumlahya boleh dikira dengan jari.

Kejayaan ibu-ibu tunggal dalam membesarkan anak-anak selepas bercerai memang ramai. Berbanding kaum lelaki yang kurang bertanggungjawab hinggakan nak bagi nafkah anak pun dia sanggup berperang di mahkamah, semata-mata untuk mengelakkan dari beri nafkah.

Tetapi nasib yang aku lalui berbeza sekali dengan apa yang dilalui oleh anak-anak mangsa cerai yang lain. Kalau biasanya kita dengar ibu-ibu tunggal sanggup bertempur’’ dengan suami merebut anak-anaknya daripada suami, tetapi ibu aku lain sikit.

Ibu bukan sahaja tidak besarkan aku, malah dia sanggup tinggalkan aku kepada ayah semata-mata kerana tidak mahu menjaga dan besarkan aku. Cerita ini memang aneh sikit, tetapi inilah yang aku lalui. Selepas ibu bersalin, ibu paksa ayah ambil aku, kerana dia tak mahu lihat apa lagi besarkan aku.

Nak kata aku buruk sangat, cacat atau tak cantik seperti bayi-bayi lain, kata ayah, tubuh badan aku cukup lengkap, tidak cacat malah aku senyuman aku pun menawan. Tetapi entah di mana silapnya ibu tak mahu ambil dan besarkan aku.

Ibu bukan setakat tinggalkan aku pada ayah, malah dia minta diceraikan. Pelik, memang pelik tetapi itulah kenyataan. Oleh kerana pekerjaan ayah tak tentu masa, maka ayah terpaksa cari saudara mara yang mahu pelihara aku.

Kata ayah dia akan tanggung makan minum aku kerana isteri pertama ayah pun tak mahu besarkan aku. Alasannya dia ada 3 orang anak yang hendak dibesarkan. Dan dia tak sanggup. Akhirnya aku jadi anak angkat pada Mak Su yang sudah ada 4 orang anak yang sudah besar.

Nasib aku mungkin baik, aku dijaga dengan baik tidak dianiaya, malah aku diberi pelajaran sama seperti anak-anak mak Su yang lain. Setelah bersekolah aku beranikan diri tanya ayah dan mak Su mana ibu aku, mereka kata tak tahu, sebaik aku dilahirkan dan mereka bercerai ibu tidak dapat dikesan dan dia juga tidak balik ke kampungnya.

Bila semakin dewasa, aku dapat kesan cerita yang kurang enak, sebelum aku dilahirkan ibu pernah melahirkan anak pertamanya, tetapi anak itu juga ibu tidak jaga sebaliknya diserahkan kepada saudaranya sebagai anak angkat.

Demikian juga halnya dengan anak ketiga ibu, juga diserahkan kepada orang juga sebagai anak angkat. Dalam hidup ini macam-macam cerita pelik dan aneh dapat kita lihat dan dengar. Itulah perangai ibu aku sebenarnya.

Lepas beranak, anak diberikan kepada orang. Tapi aku tak salahkan ibu mungkin dia ada jawapan tersendiri, Cuma dia sahaja ada jawapannya. Mengapa tidak mahu besarkan anak-anaknya sendiri. Nak jadikan cerita belum pun tamat belajar, mak Su ikut suaminya balik kampung sebab suaminya bersara.

Kerana nak belajar aku terpaksa menumpang sementara di rumah ayah. Tetapi kerana kehadiran aku tidak disukai, maka aku terpaksa buat keputusan berhenti sekolah, cari kerja dan keluar dari rumah ayah. Dalam usia remaja aku bekerja di kedai makan, cuci pinggan mangkok, terima order, hantar makanan dan sebagainya.

Dan aku bersyukur dapat kakak angkat yang sama bekerja. Walaupun sesekali berlaku selisih paham bila aku dikata culas bekerja dan sebagainya, tetapi semuaya berakhir dengan baik. Di kedai makan itulah aku belajar memasak, banyak ilmu dapat aku tuntut.

Nak jadikan cerita ketika bekerja itulah ada pulak Si Mamat nama Jay minat berkawan dengan aku. Dalam masa setahun dia terus jumpa ayah hendak melamar aku. Tentulah ayah terima sebab dia pun mahu lihat aku berumahtangga dan ada orang nak jaga kebajikan aku tidaklah hidup terumbang ambing macam orang takde emak ayah.

Kami nikah di pejabat kadi dan buat kenduri di kedai makan tempat aku bekerja. Meriah walaupun emak sendiri tak mahu hadir. Tetapi aku memang kurang bernasib baik. Suami aku suka minuman keras, paling kurang seminggu sekali mesti minum dan aku diajak minum sama. aku tolak, tetapi akibatnya tangannya yang besar tu hinggap ke pipi aku.

Kerana takut dipukul aku terpaksa berpura-pura minum. aku tak tahu mana dia dapat duit beli minuman tersebut. Sebab gajinya bukan banyak, cukup bayar sewa rumah dan makan minum kami sahaja. Nak jadikan cerita aku hamil setahun kemudian.

Bila hamil aku bukan sahaja jarakkan diri dari minuman keras malah dengan Jay. Alasan aku hamil. Sementara menunggu masa melahirkan anak, aku berfikir apa akan jadi setelah ada anak nanti, kerana aku melihat perangai Jay semakin hari semakin teruk. Dia bukan setakat minum, malah berjudi.

Semasa dalam pantang aku duduk rumah mak Su, atas nasihatnya setelah dengar cerita aku mak Su suruh aku cari kerja dan berdikari. Semasa dalam pantang Jay langsung tidak menjengok aku malah jiran beritahu Jay sudah ada teman wanita lain.

Aku tak menangis, malah aku bersyukur mungkin inilah cara mudah untuk aku minta cerai. Namun lelaki tetap lelaki, dia tercabar bila isteri minta cerai, sedangkan dia sudah ada wanita lain. Dengan bukti yang ada aku ugut Jay rahsianya akan terbongkar di pejabatnya jika dia tidak ceraikan aku.

Kerana takut rahsianya terbongkar akhirnya setelah berperang, akhirnya aku diceraikan. Aku tak kesal jadi janda pada usia belum pun 25 tahun. Tetapi pahit manis kehidupan yang aku lalui membuat aku cepat matang dan untuk mengatur kehidupan bersama anak yang masih kecil lagi.

Agaknya kerana aku tidak dididik oleh ibu dan tidak dipimpin oleh ayah membuat aku teguh berdikari melalui kehidupan yang mencabar ini. Aku bersyukur dapat kerja dan aku berazam untuk memperbaiki kehidupan selepas bekerja.

Anak sementara waktu aku minta Mak Su jaga. Aku juga bangga dengan sedikit ilmu memasak yang ada, tidak susah untuk mencari kerja. Dari situ aku sambung belajar dalam masakan. Aku pernah bekerja dengan hotel kemudian jadi tukang masak VIP. Allhamdulillah, dan aku berdoa dapat mendidik anak aku dengan baik setelah dia bersekolah nanti.

BACA:

Lelaki melayu terakhir solat subuh berjemaah dalam KTM buat ramai wanita sejuk hati melihat