Bicara gangguan seksual: Ebit Lew tiba di mahkamah Tenom

Bicara gangguan seksual Ebit Lew tiba di mahkamah Tenom

Bicara gangguan seksual: Ebit Lew tiba di mahkamah Tenom. Pendakwah, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, tiba di Mahkamah Majistret di sini, pagi ini untuk menghadiri perbicaraan hari pertama pertuduhan gangguan seksual yang dikaitkan dengan dirinya.

Ebit, 37, tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 9 pagi dengan menaiki kereta pacuan empat roda Toyota Land Cruiser warna hitam serta diiringi beberapa kenderaan lain.

Berpakaian kemeja serba hitam serta berkopiah putih, Ebit yang ditemani peguam serta sekumpulan individu kelihatan tenang dan memberikan senyuman ketika memasuki pintu utama mahkamah.

Ebit pada 18 Februari lalu didakwa atas 11 pertuduhan, termasuk dakwaan mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun di daerah Tenom dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp, antara Mac dan Jun tahun lalu.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bicara gangguan seksual Ebit Lew tiba di mahkamah Tenom

Dakwaan terhadap Ebit dilakukan susulan laporan polis yang dibuat pada 7 Ogos 2021.

Perbicaraan kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan Ebit Liew berlangsung empat hari sehingga 30 September ini.

Majistret Nur Asyraf Zolhani sebelum ini mengenakan ikat jamin RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin tempatan terhadap Ebit yang tidak mengaku salah atas 11 pertuduhan berkenaan.

BACA:

Saintis jumpa 7,000kg sampah di Planet Marikh, tak sangka jumpa benda ni

Bekas Timbalan Ketua Polis didakwa miliki aset kekayaan luar biasa

Kumpulan UBI dinobat juara Muzikal Lawak Superstar 3

CATEGORIES