“Bijak sangat ni” – Nak elak kena saman, lelaki ambil surat kompoun kereta sebelah. Sebut mengenai saman, pasti ramai yang mahu mengelak untuk menerimanya. Dalam pada itu, surat saman terpaksa dikeluarkan oleh pihak majlis perbandaran buat pengguna jalan raya yang degil serta melanggar undang-undang seperti parkir di tempat yang salah dan sebagainya.
Terbaharu, tular sebuah perkongsian di mana seorang pengguna Facebook menerusi perkongsian pada Facebook Group Penduduk Sungai Petani (PSP) meluahkan rasa tidak puas hati terhadap situasi yang berlaku pada dirinya.
Berdasarkan perkongsian, beliau nampaknya bukannya tidak berpuas hati dengan saman yang dikenakan, sebaliknya berang dengan tindakan pengguna kereta Perodua Alza generasi baharu ini yang dengan selamba mengambil surat saman pada cermin kereta beliau serta meletakkannya pada kereta sendiri.
Difahamkan tujuan meletakkan surat saman kereta lain pada cermin sendiri ini dibuat dalam usaha ‘mengelirukan’ pihak Majlis Perbandaran Sungai Petani seolah kereta beliau sudah disaman. Dalam pada itu, individu ini meluahkan rasa berang kerana didakwa tindakan tersebut mampu membuatkan kereta beliau disaman sebanyak dua kali.
Lelaki Ini Bingung Disaman RM300 Oleh PBT Walaupun Mempunyai Stiker OKU Pada Kereta
Tindakan di luar kotak pemikiran ramai ini sekaligus dikongsikan di Facebook serta memohon pemilik kereta Perodua Alza tersebut untuk menghubungi beliau sekaligus menjadi pengajaran kepada orang ramai.
Perkongsian yang dibuat turut mendapat perhatian ramai apabila turut dikongsikan menerusi laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini di mana netizen tampil dengan respon yang berbeza.
Terdapat netizen yang mendakwa ini merupakan pertama kali situasi ‘berebut saman’ berlaku. Tidak kurang juga yang turut menyoal adakah benar pengguna jalan raya boleh dikenakan saman sehingga dua kali sekiranya situasi ini berlaku.
BACA:
Bersatu hasrat mahu jawatan MB Selangor jika menang PRN
Kecoh penemuan toyol dalam botol kecil – “macam bayi kecil, merah lagi..”