“Bila aku mengadu nasib dekat mak, aku harapkan penyelesaian, rupanya tak ada ya, dia kata ‘biarlah’ buat aku sakit hati”

Oleh ISMAIL YAHYA

Jump straight to the story. Aku isteri umur lewat 20an, bekerja di satu syarikat swasta di selatan Johor. Kerja aku penat otak berurusan dengan client.

Aku sangat faham kita ni melayu dan dalam islam sendiri ada sebut meraikan tetamu.

Aku baru je pindah. Rumah aku serba serbi masih kurang. Raya ni rumah aku takda sorang pun tetamu yang singgah.

Tak gerak kuih raya aku. Sedih tapi aku tak kisah.

Sebenarnya aku bukan nak cerita isu raya ni pun. Punca aku menulis ni, aku baru masuk rumah balik dari ofis.

"Bila aku mengadu nasib dekat mak, aku harapkan penyelesaian, rupanya tak ada ya, dia kata 'biarlah' buat aku sakit hati"

Malam nanti nak settlekan client dari time zone lain. Aku ada masa berapa jam nak rehat.

Then, sepupu aku WS nak datang rumah. Maghrib2. Ini bukan kali pertama. Tapi dah banyak kali. Ianya buat aku stress dan rasa nak ajak suami pindah je tempat lain.

Dia bukan nak buat apa pun. Dia saja tak nak balik rumah awal, tapi tak ada kawan nak melepak. Dia akan datang waktu maghrib dan balik lepas jam 9.

Kau bayangkanlah aku laki bini nak rehat macam mana. Kadang aku tengah topless menyusukan anak aku kat depan TV, tiba-tiba pintu rumah terbukak sambil bagi salam. Takde angin, takde ribut tiba-tiba dia muncul.

Aku dah tak boleh nak cakap tak dah. Ada je alasan dia.

Pernah sekali Jumaat aku cakap aku baru sampai rumah & nak keluar makan. Dapatlah lari. Dah tiba harini Isnin dia cakap dia on the way. Aku pening betul laaaaaa.

Bila aku mengadu kat mak aku supaya ada solution, takde ya. Dia kata biarlah biarlah biarlah. Ini rumah sendiri, sayanglah kalau aku nak pindah semata sebab manusia picisan begitu.

Anyway dia bukan sepupu betul. Dia merupakan anak angkat makcik aku.

Tolong sesiapa ada solution untuk elak dia datang selalu.

– Waikiki (Bukan nama sebenar)

BACA: “Masuk je bilik guru lepas punch card terus ajak sembang beli barang dia, dengan anak murid pun kau nak berniaga”