“Bila aku nak cuti pon dia kacau dan asyik call aku. Setiap kali nak masuk pejabat aku akan rasa takut, anxiety, rupanya ini yang dia buat!”

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

“Bila aku nak cuti pon dia kacau dan asyik call aku. Setiap kali nak masuk pejabat aku akan rasa takut, anxiety, rupanya ini yang dia buat!”

Bila aku nak cuti pon dia kacau dan asyik call aku. Setiap kali nak masuk pejabat aku akan rasa takut, anxiety.

Bos aku tu pon mula la dengan drama dia konon jatuh sakit..

"Bila aku nak cuti pon dia kacau dan asyik call aku. Setiap kali nak masuk pejabat aku akan rasa takut, anxiety, rupanya ini yang dia buat!"

Hi, nama aku Mr. F dan kisah ini bermula masa aku bekerja di sebuah syarikat swasta.

Aku bekerja bawah bos aku yang aku panggil madam. Aku mula bekerja di situ 4 tahun yang lalu dan pada masa tu aku sangat excited sebab dapat bekerja di sebuah syarikat yang boleh kata agak femes juga la.

Ini merupakan kerja pertama aku sebagai eksekutif dan aku dapat bahagian HR. Hari pertama bekerja sangat seronok sebab dapat teammate yang sangat baik dan membantu dan benefits untuk staff juga sangat menarik.

Tetapi hari pertama aku dah kena psiko dengan bos aku, dia kata kerja sangat banyak dan dia pantang ade staff dia curi-curi balik awal tak siapkan tugasan. Aku redha la 6 bulan pertama bekerja aku dah kena stayback balik lambat siapkan tugasan tanpa bayaran OT dan aku masih under probation ketika itu.

Aku mula rasa tak best dengan bos aku ni sebab perangai dia yang memang suka menyusahkan kau nak buat kerja. Dia suka panggil aku untuk buat kerja dia yang tak berapa nak penting tu macam contohnya betulkan filing dia yang sentiasa bersepah tu dan dia sangat pentingkan label file mengikut warna.

Aku juga perlu melayan cerita kisah hidup dia dan family dia yang aku tak nak tahu pon sebenarnya. Hari-hari aku banyak siapkan kerja dia dan dia suke start buat kerja lepas pukuI 7 petang sebab waktu office hour dia akan tidur. Dasar tak guna.

Aku terpaksa la melayan kerenah dia dan bila aku nak balik awal je esok pagi tu dia akan meng4muk dan menjerit-jerit memaki aku sebab aku balik awal semalam. Aku pernah dimaki dengan panggilan monyet la, buat kerja lembap la padahal kerja aku lambat siap sebab sibuk siapkan kerja filing dia yang bukan penting sangat tu.

Teammate aku yang lain pon ade yang tak tahan dengan dia dan berhenti kerja. Aku jadi semakin terbeban dengan kerja diorang semua aku yang kena cover. Ye la dah la kana balik lambat, lepas tu kena layan bos yang banyak kerenah lagi tu.

Dia pernah maki kami semua sebab keluar lunch bersama-sama tanpa mengajak dia dan dia suke tuduh kami macam-macam. Siapa entah nak ajak dia keluar lunch sama. Selepas 6 bulan aku dah confirm dekat company tu, tapi dalam masa yang sama aku dapat rasakan suasana toxic dekat sini.

Aku kuatkan hati lagi bekerja dekat company ni sehingga la tahun ke-2 aku dapat rating performance rendah (PIP) dan aku tak dapat bonus pada tahun tu. Aku sangat kecewa dengan bos aku dan dia bagi tahu aku dapat rating rendah sebab aku suka balik awal dan suka melawan arahan dia.

Sakit hati aku dengar alasan dia padahal ada la 2-3 hari tu je aku balik awal, tu pon bile kerja aku dah siap dan dia pon ok je masa tu. Dia sangat berdendam dengan aku rupenye dalam diam. Aku mula mencari kerja lain sebab company ni makin toxic dengan perangai bos yang memeningkan aku.

Bos aku ni perangai dia makin psiko bila aku nak cuti pon dia kacau dan asyik call aku kata kerja banyak dan aku kena bantu dia siapkan cepat. Aku sampai anxiety takut nak masuk office sehingga la tahun ke-4 baru aku dapat tawaran dekat company lain dan tahun tu jugak la aku tak dapat bonus lagi sebab ade kes lain.

Waktu tu aku dah nekad dan terus bagi surat resign pada bos aku tu. Dia mula meroyan tak puas hati kenapa aku nak pergi tempat lain katanya masa depan aku cerah dekat sini. Dia siap nak tahu nama company baru tu, tapi aku rahsiakan.

Dia seboleh boleh memujuk aku untuk bekerja lagi di situ dan siap kata aku buat kerja bagus dan dia nak promote aku tahun depan. Tiba-tiba sangat ye dia boleh berubah sampai macam tu sekali. Tapi aku dah nekad sangat masa tu nak pergi ke company baru sebab dapat offer gaji yang lebih tinggi.

Bos aku tu pon mula la dengan drama dia jatuh sakit la lepas tu dia tuduh aku nak resign sebab tak tahan dengan perangai bos lain dan orang dekat situ dan bukan sebab dia. Eh..

tiber orang lain yang kena tuduh. Sekarang aku happy dah ke company baru yang lebih baik environmentnya dan aku tak perlu dah stayback sampai malam dan melayan kerenah bos aku tu lagi. Adios~ – Mr. F (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Donna Karan : Sila guna peluang masa muda neh dengan lompat company. Tunggu gaji naik company yang sama berapa % je setahun kena kpi lingkup lagi sedih kenaikan. Zaman sekarang loyalty kat company tak berguna

Ryzal Mohamad : Bos psiko macam ni ada di mana-mana. Tapi kalau dapat bos macam ni, kau kumpul bukti benda yang dia buat kat kau. Sebab ni dikira abuuse, contoh kau panggil staff dengan panggilan monyet, memang boleh masuk category abuuse.

Lagi cantik kalau dia naik tangan dekat kau, boleh report polis terus. Tahan dulu setahun or dua tahun, then chowla lepas dapat kerja lain. Tambahla kerja HR, bersepah company perIukan HR skills. Sebelum chow, kau shoot email dekat semua bos, CEO, dan pejabat buruh sekali pasal perangai bos kau. Attach la conversation-conversation dan email-email dia. Confirm dia kena.

BACA:

Gara-gara isteri minta cerai, suami muda bertindak curah asid sampai baju pun terhakis dan kulit melepuh

“Maduku adalah adik kandung aku sendiri, tak sangka suami buat kejutan macam ni”