‘Bila classmate semua sporting dan takda puak’, photoshoot gambar pre convo dekat Genting Highlands undang reaksi netizen

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

‘Bila classmate semua sporting dan takda puak’, photoshoot gambar pre convo dekat Genting Highlands undang reaksi netizen.

Setelah bertahun-tahun belajar di universiti, majlis konvokesyen adalah momen yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap pelajar

Sebelum majlis graduasi bermula, kebiasaannya pelajar akan mengambil jubah terlebih dahulu untuk bergambar sebagai kenangan dengan kawan-kawan.

'Bila classmate semua sporting dan takda puak', photoshoot gambar pre convo dekat Genting Highlands undang reaksi netizen

Baru-baru ini, tular sebuah video sekumpulan pelajar mengambil gambar pre convo di Genting Highlands telah mencuri tumpuan ramai.

Satu kelas naik Genting Highlands, sarung jubah ambil gambar ramai-ramai

@qiwhuttt Korang photoshoot pre-convo kat mana? Kitaorang sekelas naik genting! #convouitm96 #uitm #preconvo #fypmalaysia ♬ Daylight – David Kushner

Menerusi video yang dikongsi oleh @qiwhuttt, kelihatan sekumpulan pelajar yang merupakan kawan sekelas itu sedang bergambar bersama di Genting Highlands.

Mereka dilihat memakai jubah konvokesyen dan mengambil gambar di sebuah kawasan lapang sambil menikmati kabus di tengah malam.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila mereka bersepakat dan mempunyai friendship sangat kukuh.

“Dia jadi best kalau classmates semua sporting & takda puak” – Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 247K tontonan, 43.3K tanda suka serta 7.2K perkongsian di laman TikTok.

Rata-rata warganet turut memuji keakraban persahabatan mereka dan memberikan pendapat masing-masing mengenainya.

BACA: 

Tular kes pengasuh dera baby sebab tak berhenti menangis, apabila netizen buat kerja sekali lain pula yang jumpa

“Aku ajak tunang kemas barang masa cuti sem kat rumah, dia suruh aku mandi, dan itulah kali pertama aku disentuh”