“Bila dia tahu boleh kena penjara dan sebat kalau sabit kesalahan, nangis terduduk laki aku dikaki ku”
Kerana terlampau sayangkan isteri semua kerja rumah dia yang buat.
Setelkan hal pakaian, jaga anak, malah masak pun dia buat sendiri.
Sehinggalah suatu hari, isterinya seIongkar semua barang dia dan terjumpa beberapa keping gambar dan hantar segala bukti ke pejabat agama.
Assalamualaikum admin. Terima kasih sebab sudi postkan cerita ni sebab aku dah buntu, terbelenggu, diIemma dengan masalah ni, aku harap netizen sudi berikan jalan penyelesaian terbaik.
Aku ni bukanlah seorang yang banyak bercerita dan bukan juga suka menaip menghadap laptop, tapi aku paksa diri untuk cerita kisah ni.
Berlaku kat seorang kawan baik aku ni, dia bercerita kat aku sambil menangis sebab tak tahu apa yang harus dia buat setelah semua ni terjadi. Aku cerita dari awal. Kawan aku ni, seorang laki, baik orangnya, memang budak surau selalu join usrah dan majlis-majlis agama sejak dari universiti lagi.
Cuma satu sahaja kelemahan yang dia ada adalah sifat sayang terhadap lelaki yang memang dia tak tahu entah dari mana munculnya. Kerap kali dia nangis depan aku kenapa dia ada perasaan macam ni, kenapa dia tak macam lelaki lain yang minat perempuan.
Untuk pengetahuan korang dia bukan jenis lelaki lembut atau pondan, tapi memang macam lelaki normal kalau korang tengok dari luaran dan bolehlah dik4takan ada rupa la juga. Disebabkan perasaan ni dia cuba dekatkan diri kepada Allah, minta pertolongan, dia cuba dekatkan diri dengan budak-budak surau, join usrah semua, Alhamdulillah semakin baik.
Jalan kat luar pun dia pakai kopiah, memang dia betul – betul cuba untuk berubah. Perasaan tu dia cuba hilangkan dan memang tak pernah pun dia bercinta dengan mana – mana lelaki, sekadar suka dan ada perasaan, itu sahaja.
Dipendekkan cerita, lepas universiti dia diterima masuk kerja kat salah sebuah syarik4t ternama kat Malaysia disebabkan prestasi akademik dia ni boleh tahan juga. Jadi setelah stabil, dia ambil keputvsan untuk berumah tangga.
Digembar gemburkan dengan pelbagai cerita betapa indahnya cinta selepas nikah, dia ambil keputvsan untuk berkahwin dengan seorang wanita ni yang juga dari kumpulan usrah (aku kurang pasti macam mane prosesnya tapi yang penting dia memang tak kenal langsung perempuan tu, lepas nikah baru kenal hati budi).
Pada awalnya aku tanya lah juga kau pasti ke ni tak nak kenal – kenal dulu dengan perempuan tu? Dia jawab dia pasti akan ketentuan Allah dan kau doakan aku bahagia nanti. Perempuan tu pulak nampak dari kalangan yang baik – baik, siap berniqab lagi.
Sesuailah dengan dia yang siap berserban kalau ke masjid. Maka mereka pun berumah tangga. Bermulalah segalanya. Pada awal perkahwinan, dia memang sayang giIa kat isteri dia, memang tahap loving c0uple habis. Dia betul – betul yakinkan aku indahnya cinta selepasa nikah.
Dikurniakan rezeki, 9 bulan kemudian terus dapat anak pertama. Memang laju je kan! Haha. Sebenarnya kawan aku ni memang jenis sayang giIa kat isterinya. Semua pakaian kat rumah tu dia yang basuh, yang jemur, Iipat, g0sok, letak dalam almari, semua dia yang buat.
Isteri langsung tak sentuh. Pastu isteri dia plak jenis tak pandai masak, jadi dialah yang ke dapur. Mula dari supermarket, beli barang, bawak balik, bersihkan, masak semua dia yang buat. Kalau rumah bersepah, semua dia yang settIekan.
Allahu, aku tanya kenapa kau tak minta tolong isteri ko buat sekali, kenapa kau buat semua ni? Sayang pun ada caranya juga. Dia jawab dia tak kisah buat semua ni sebab dia sayangkan isteri dia, cuma satu je yang dia minta agar jaga anak sulungnya baik – baik.
Isterinya ni plak bagi aku m4kin lama m4kin menjadi jadi. Memang satu benda dekat rumah tu pun dia tak buat, alasannya sebab balik kerja penat, walhal pergi dan balik kerja sama – sama. Kawan aku ni pernah suruh isteri dia berhenti kerja, duduk rumah.
Sekurang – kurangnya boleh jimat duit hantar anak ke pengasuh dan anak dapat kasih sayang seorang ibu kat rumah, dan sekurang – kurangnya boleh lah kemaskan rumah sikit – sikit. Kau tahu apa isteri dia jawab, “boleh…. kalau abang nak saya berhenti, bagi saya RM2000 sebulan, mampu ke?
Allahu, berderau aku dengar jawapan macam ni. Kawan aku ni memang penyabar orangnya, dia senyap tak terkata sebab dia tahu gajinya pun tak lah tinggi mana, dengan kehidupan kat KL tu lagi memang banyak pakai duit.
Kemudian, part proses ant3nataI dan p0stnataI care (masa mengandung dan lepas bersalin). Dia ni memang sayang giIa kat isteri dia sampai setiap check up dekat kIinik tak pernah miss sampai nurse kat kIinik tu pun tabik spring dekat dia tengok tak pernah miss teman isteri pergi check sama – sama.
Tiap – tiap malam masa mengandung dia akan siapkan segelas susu dengan madu dan tamar untuk isteri tercintanya. Mana korang nak cari laki camni zaman sekarang ni. Lepas tu, bila dah dapat anak, satu je dia minta kat isterinya supaya menyusu anak tersebut sekurang – kurangnya 6 bulan (excIus1ve br3ast feeding).
Tapi wife dia tak nak, katanya air susu tak nak kluar, tapi sebenarnya ada cuma memang jenis tak mahu menyusu badan sampaikan dia pernah bagitahu isterinya kalau abang yang boleh mengandung dan susukan anak ni, abang sanggup tanggung semuanya, ni sebab abang tak mampu abang merayu minta tolong sayang susukan anak.
Disebabkan keengganan isterinya, dia terp4ksa akur, anak dia tak sampai sebulan dah kena minum susu formula dalam botol. Yang jaga anak semua dia yang uruskan, balik kerja yang isterinya tahu terus masuk bilik, tukar baju, lepak depan tv, lepas tu tidur.
Memang nampak anak dia lagi rapat dengan bapa dia berbanding ibunya. Takpe lah, dia masih reda dengan semua ni. Lepas tu, masuk part raya pula. Disaat semua adik beradik berkumpul bawak anak bini, biasanya dah sampai kampung siapa yang gosokkan baju?
Biasanya pihak isteri lah kan sebab nak tengok suami dia pakai baju melayu kemas-kemas. Untuk dia, terbalik, kalau dia tak gosok sendiri maka pakailah baju melayu berkedut. Siap mak dia tanya mana bini kau, tak gosokkan baju ke?
Terp4ksalah dia buat alasan bini tak sempat. Yang paling meruntun jiwa bila dia tengah gosok baju sendiri, wife dia datang dan tanya, abang dah gosok baju sayang belum? Nanti gosokkan sekali eh. Disebabkan sayang sangat, dia gosokkan juga.
Kawan aku ni dulu masa universiti boleh kata aktif juga la, main futsal, olahraga semua, memang fit. Tapi selepas kahwin, hilang semuanya, makin melebar. Bukan sebab tak nak tapi isterinya memang halang seratus peratus.
Kalau nak gi jogging kena ajak dia sekali tapi bila ajak complaint panas lah, rimas lah, ramai orang lah, jadi sepanjang perkahwinan itu, mereka hanya habiskan masa duduk di rumah. Kadang-kadang aku kesian tengok kawan aku ni, bila dia nak sangat tengok wayang cerita yang dia minat tapi terpaksa pergi tengok sorang-sorang takut kantoi ngan wife, sebab isteri dia memang jenis tak suka tengok wayang. H4ram katanya.
Pernah skali dia ajak, terus kene ugvt dengan wife nak report kat mak mertuanya sebab keluar tengok wayang tinggal isteri kat rumah. Allahu, suami kau ajak tengok wayang je pun, bukannya keluar pergi cari betina lain! Tak paham betul la aku..
Pada bulan puasa tu plak, korang tahu apa dia makan untuk buka puasa hari-hari? Disebabkan isteri tak masak dan dia tak sempat nak masak dan dia memang jenis tak gemar beli kat bazar, boleh dik4takan setiap hari makan cereal dengan susu dan tamar je.
Dia cerita dekat aku yang ade sekali dia balik kerja minta isteri dia sediakan cornflakes letak dalam mangkuk, tuang susu dalam kotak kat mangkuk tu, dia tak larat, nak tidur kejap before berbuka, bila azan je, korang tahu apa jadi?
Isteri dia tak buat pun, bende simple macam tu pun tak buat punyalah malas nak layan suami, siap cakap abang tuanglah sendiri abang nak makan. Kecik hati seorang suami. Pergi la ke dapur uruskan semua sendiri. Pinggan mangkuk tak yah citer la, kalau dia tak basuh, memang berulat la dapur tu.
Aku rasa kalau lelaki lain dah lama cari bini kedua kalau kena layan macam ni, tapi kawan aku ni memang jenis penyabar orangnya, penyabar tahap aku sendiri pun cann0t brain!! Ade banyak lagi benda-benda tragis tapi penat aku nak type semua.
Dipendekkan cerita, disebabkan layanan isteri dia macam tu, perkahwinan diorang jadi hambar, mana hilangnya manis cinta selepas nikah? Yang paling trag1s aku rase bila part mereka bersama, dia selalu ditolak oleh wifenya, katanya tak nak, tak suka, penatlah.
Sepanjang 2 tahun kahwin, boleh kira dengan jari brapa kali je dia bersama ngan wife. Sampaikan dia pernah tanya isterinya, kenapa layan abang macam ni, awak nak sampai abang cari peIacur ke? Yang isteri dia tahu hanyalah menangis.
Akhirnya mulai saat itu mereka pun tak tidur sebilik. Dia tidur kat luar, bini tidur dalam bilik, memang hilang mood habis. Aku pun tak faham kenapa seorang isteri yang tahu hukvm hakam selok belok agama sanggup layan suami macam tu.
Aku pernah tanya dia kenapa kau nak teruskan perkahwinan ni kalau isteri kau layan kau macam ni? Jawapan dia senang je, sebab dia fikir anak dia masih perIukan kasih seorang bapa untuk membesar dan dia tak sanggup tengok anak dia membesar dalam br0ken family.
Dia bertahan sebab anak dia je, dia sanggup redah semua ni. Bila mengadu kat ibu dia, semua akan tunding jari kat dia balik sebab katanya terlalu manjakan bini, itulah hasilnya. Dia m4kin buntu jadinya. Aku sebagai kawan rapat kesian sangat kat dia.
Kadang-kadang dia cakap dekat aku yang dia jeles tengok macam mana laki lain dapat layanan istimewa dari seorang isteri sedangkan dia tak dapat semua tu. Dia anggap memang itu takdir hidup dia. Disebabkan layanan isteri dia juga, lama kelamaan perasaan sayang kat lelaki yang dah lama hilang, mula berputik kembali.
Selepas solat, dia menangis tanya kenapa jadi macam ni. Mulai saat itulah dia start hilang arah tujuan, lepas tu terjumpa dengan seorang lelaki. Dia dapat kasih sayang dari lelaki tersebut, kasih sayang yang mana isteri dia tak mampu nak bagi setelah apa yang dia buat selama ini.
Perasaan sayang tu makin lama makin tebal. Mula-mula dapat sorok dari isterinya kemudian beberapa bulan lepas itu, semuanya terbongkar juga selepas isterinya syak ada sesuatu dengan suaminya ni. Isteri dia selongkar semua barang dia, terjumpa lah beberapa gambar selfie dia dengan lelaki tersebut, bukannya gambar teruk-teruk tak senonoh pun.
Aku tak tahu la detail hubungan dia dengan lelaki tu macam mana. Tapi disebabkan tu isteri dia pressure dia gila-gila sampai la dia terconfess kat whatsapp bagitahu yang sebelum ni dia memang ada perasaan kat lelaki, tapi sejak kahwin prasaan tu dah hilang, namun muncul kembali sebab layanan isteri dia juga.
Dia pun tanya balik isteri dia, apa yang awak dah buat pada saya selama ini? Ada awak jaga makan minum saya? Ada awak layan keinginan batin saya? Ada awak laksanakan tugas isteri dengan baik? Isteri dia terdiam. Dia ingat habis kat situ je, rupa-rupanyanya isteri dia ni tak senaif yang disangka.
Isteri dia screenshot whatsapp confession tersebut, dan ambil gambar-gambar tadi hantar ke pejabat agama dan dia disabitkan kesalahan sebab jadi gei! Walhal kalau aku fikir balik, semua ni berpunca dari bini dia sendiri yang jadi big boss tak reti layan suami, yang tak tahu nak menghargai segala pengorbanan suami sendiri.
Dia terduduk bila dapat tahu. Boleh kene penjara dan seb4t kalau s4bit kesalahan. Menangis dia depan isteri cuba nak minta untuk tarik balik. Korang tahu apa jawapan isterinya? Biar awak rasa hukvman kat dunia ni. Allahu, hukvman isteri derhaka kau tak nak amik kesah plak? kata aku dalam hati.
Pujuk punya pujuk, isteri dia cakap ape taw, ok boleh nak tarik balik, esok pagi awak bank in RM5000 cash dalam bank saya.Mendengar kata isteri, dia pergi berhutang, pastu terus bank in dan sekarang tiap-tiap bulan dia kene bayar untuk langsaikan hutang tersebut.
Tak habis kat situ, dia dan isteri masih kene pergi ke pejabat agama untuk proses pendamaian. Dekat sini aku kesian lagi kat dia, sebab parents kedua-dua belah terpaksa hadir. Disebabkan takut sangat mengecewakan kedua ibu bapa, dia wakilkan dengan abangnya.
Korang tahu semua yang hadir time tu caci maki hamun dia dan abang dia datang-datang terus tumbuk 5 kali. Habis lebam-lebam. Mashaallah berat sekali dugaan kau sahabat, masa dia cerita ni depan aku, dengan aku-aku sekali bergenang air mata.
Sekarang tiap-tiap malam dia kene hadir kuliah untuk dengar ceramah, siap ade attendance yang akan ditanda oleh imam. Setiap gerak geri dia kene inform isteri dia nak pergi ke mana. Aku kesian sangat dengan nasib kehidupan dia.
Dah la malu giIa sebab bende ni dah tersebar kat seluruh ahli keluarga kedua-dua beIah pihak. Dan kau tahu apa isteri dia cakap, aku tak akan biarkan kau lepaskan aku tapi selagi bersama sebagai suami isteri aku takkan biarkan kau sentuh aku lagi, jijik, kau kotor, aku akan biarkan batin kau tersiksa.
Dalam hati aku, untuk apa kau nak teruskan kalau dah tahu memang tak boleh bersama? Aku dengan kawan aku ni, memang kawan baik sejak dari sekolah lagi, tapi korang jangan risau aku masih normal straight, kawan aku ni sejak dari sekolah lagi aku kesian dengan dia disebabkan masalah keluarga, nanti la kalau rajin next time aku cerita.
Memang kalau fikir tak patut dia bukak hal rumah tangga dia kat aku tapi korang kene faham dia dah tak ade tempat dah nak luahkan segala isi hati selain kat aku. Aku yang masih bujang ni bila dengar cerita – cerita mcm ni memang seram nak mendirikan rumah tangga, memang aku akan kenal dulu hati budi seorang wanita tu sebelum bernikah.
Sekarang ni aku buntu macam mane nak tolong kawan aku yang ters3pit tu, dia dah rase kehilangan semuanya, asyik fikir nak bvnvh diri, aku je yang dok selalu contact tenangkan diri dia. Apa yang patut dia buat sekarang?
Sebab dalam hati dia dah tak ade rase cinta pada isterinya tapi dia terikat dengan syarat yang kemukakan oleh isterinya atas kesalahan besar dia lakukan iaitu tak boleh ceraikan selama 3 tahun. Sekarang mereka serumah tapi tak bertegur sapa, macam orang asing. Aku tak tahu macam mana nak tolong lagi. – Asyraf
BACA:
Selalu nampakkan bas Sani Ekspress di Jalanraya, ini biodata pengasas syarikat bas terkenal ini
Menteri Ekonomi ambil ganja? Sekali Rafizi terpaksa buka mulut dedah cerita sebenar