Bila pejabat menteri dah jadi studio penggambaran, menteri sibuk jadi model

Bila pejabat menteri dah jadi studio penggambaran, menteri sibuk jadi model

Macam tak percaya apa yang saya lihat. Bukan terpukau dengan kecantikan YB Menteri tetapi terkedu bila Pejabat Menteri dijadikan studio pengambaran fesyen dan YB Menteri pula sudah menjadi model.

Satu ketika dahulu pejabat di tingkat 38 yang indah ini sibuk dengan segala urusan rakyat. YB Menteri terlibat dalam perbincangan pembentukan pelbagai polisi dan undang- undang bagi menjaga nasib wanita Malaysia, keluarga, kanak- kanak dan masyarakat.

Satu lepas satu mesyuarat dan perbincangan dibuat oleh YB DS Dr Wan Azizah Wan Ismail (Kak Wan). Beratur kami diluar menunggu giliran dipanggil untuk memberi maklumbalas hal ehwal rakyat.
Tidak ku sangka Pejabat yang sama telah menjadi studio model meraga pakaian raya 2021 mungkin.

Sebagaimana sabda Nabi Muhammad (SAW): “Jika amanah telah disia-siakan, tunggu saja kehancuran terjadi.” Ada seorang sahabat bertanya: ‘Bagaimana maksud amanah disia-siakan?’ Nabi menjawab: “Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu.” (HR Al-Bukhari)

Sumber :