Bila syarikat balak tuntut saman RM1 bilion?” bekas exco Kedah persoal Sanusi

Bila syarikat balak tuntut saman RM1 bilion?” bekas exco Kedah persoal Sanusi

Saya terpanggil untuk turut mempersoalkan kenyataan yang telah di buat oleh YAB Menteri Besar Kedah Tuan Hj Sanusi Mohamad Nor berhubung kenyataan beliau yang sedang mempertimbangkan:

“Penebangan balak bagi membayar tuntutan saman hampir RM1 bilion yang dikemukakan syarikat pembalakan sebelum ini”.

PERSOLANNYA:

Bilakah wujudnya tuntutan saman RM1Billion tersebut daripada syarikat pembalakan sebelum ini?

Sepanjang penglibatan saya selama 24 bulan(2tahun) sebagai EXCO Kerajaan Negeri Kedah tidak pernah jumlah sebanyak itu dibincangkan di dalam mesyuarat.

Apa yang pernah di bincangkan ialah mantan Menteri Besar Datuk Seri Utama Mukhriz(DSUM) sering mempertegaskan, pembalakan di Kedah akan hanya merosakan ekosistem negeri akibat penebangan hutan yang berleluasa.

Pelik bin ajaib apabila era pemerintah Pakatan Harapan(PH) yang baru berakhir tidak sampai 2 minggu secara tiba-tiba telah muncul kewujudan jumlah tuntutan sebanyak itu.

Sebagaimana pesanan dari mantan YAB Menteri Besar(MB) Kedah DSUM dalam ucapan ketika melepaskan jawatan telah memaklumkan agar tidak di buka kembali kawasan pembalakan di Kedah.

Ini menunjukkan sepanjang pemerintahan beliau selaku zaman pemerintahan PH selama 2 tahun tidak ada kawasan pembalakan di Kedah yang pernah di buka.

Saya bagi seluruh pihak rakyat Kedah merayu agar apa jua yang berlaku, kawasan pembalakan di negeri Kedah tidak akan di buka untuk sebarang apa jua tujuan supaya ekosistem alam sekitar Negeri Kedah tidak akan terjejas.

6. Mohon pihak pemerintah Pakatan Nasional(PN) memikirkan jalan yang terbaik buat rakyat Kedah selain dari mencari dana dengan mengambil pendekatan mudah dengan cara penebangan balak.

Sekian. Terimakasih.

Asmirul Anuar Aris
Rakyat Kedah

Sumber: