Bila turun ke lapangan, penganalisis dapati PRN Sabah begitu kompleks

Bila turun ke lapangan, penganalisis dapati PRN Sabah begitu kompleks

Kepada teman2 pengamat politik dari Semenanjung yang tidak sempat mengikuti dari dekat, PRN Sabah kali ini sungguh rencam dan kompleks.

Tidak mudah untuk menduga-duga keputusan tanpa meneliti secara mendalam setiap 73 Dun yang dipertandingkan, setiap kawasan adalah unik dan eksklusif.

Untuk memahami senario dengan menyeluruh, setiap Dun perlu diteliti secara mendalam, kerana setiap Dun mempunyai pemboleh2 ubah tersendiri yang akan menentukan keputusan.

Keutamaan pengundi lebih cenderung kepada pemboleh ubah lokal sama ada parti, calon atau isu, ini keutamaan mereka.

Cara mereka melihat ketiga-tiga pemboleh ubah tersebut pula bervariasi berdasarkan psikologi etnik serta faktor geografi tempat tinggal.

Menariknya, penduduk Sabah ini terdiri daripada lebih 30 etnik yang berkomunikasi menggunakan 50 bahasa, termasuk 80 dialek yang berbeza.

Bayangkan betapa rencamnya psikologi pengundi yang ada dalam 73 Dun di Sabah ini, yang akan menterjemahkan perbedaan dalam pola pengundian.

Begitu juga faktor geografi, banyak perbezaan paradigma antara pengundi pantai barat dan pantai timur, bandar dan luar bandar, serta pelbagai ciri lokaliti lain lagi.

Kepelbagaian geografi, demografi, psikografi dan tingkah laku pengundi dalam perspektif lokal inilah yang akan menentukan pola pengundian setiap Dun pada 26 September ini.

Isu-isu nasional tidak banyak memberi kesan dalam PRN ini, pengundi kurang tidak menunjukkan minat dan kurang memberi perhatian.

Sebagai contoh populariti PM Tan Sri Muhyiddin agak tinggi dalam konteks nasional, pada satu ketika mencecah sehingga 90 peratus dalam segmen2 tertentu di Semenanjung.

Barangkali dengan penerimaan baik tersebut, imej PM diangkat oleh GRS sebagai simbol kempen kepada pengundi melalui tanda pagar #AbahKitaBah, yang dipaparkan secara meluas dalam pelbagai medium.

Namun sisi ini nampaknya tidak memberi impak bermakna kepada GRS, pengundi Sabah tidak menunjukkan reaksi ghairah kepada personaliti PM yang dipotretkan itu, mereka lebih tertarik kepada mauduk tempatan.

Begitu juga kedatangan tokoh2 pembangkang dari Semenanjung yang membantu Warisan Plus di sini, kehadiran pemidato2 hebat itu juga tidak memberi banyak kesan kepada kempen.

Bahkan kehadiran pemimpin Semenanjung ke kawasan pengundi Bumiputera Sabah ini bukan sahaja tidak memberi pulangan berbaloi, bahkan berisiko menghasilkan backfire kepada parti yang dibantu.

Inilah menariknya politik Sabah, inilah yang menguji minda kami penyelidik lapangan ke tahap maksimum, semua elemen perlu diteliti dengan sangat meluas dan mendalam.

Kepada calon2 Phd yang ingin menjadikan politik Sabah sebagai subjek kajian, saya cadang bataskan skop, kemudian perdalamkan pemerhatian, itupun sudah terlalu banyak untuk didiskusikan.

Jika terlalu tamak untuk mengkaji seluruh Sabah konon2 untuk menghasilkan Phd super wow, saya bimbang tesis tersebut tidak siap2 sampai sudah, membawa mati nanti.

#SabahMemilih

Sumber :