Biasanya, gelaran jutawan sering dikaitkan dengan golongan yang lebih berusia.
Ini dapat dilihat dalam senarai jutawan Forbes 2023, di mana umur purata individu yang disenaraikan adalah sekitar 65 tahun.
Antara jutawan tertua adalah George Joseph, seorang taikun insurans yang kini berusia 101 tahun.
Namun begitu, usia bukanlah penghalang untuk mencipta kekayaan besar.
Dalam senarai yang sama, terdapat 15 jutawan muda di bawah umur 30 tahun yang memiliki kekayaan sehingga mencecah 10 angka.
Daripada jumlah itu, 11 orang mewarisi kekayaan keluarga, manakala 4 individu lain berjaya mengumpul kekayaan hasil usaha sendiri.
Yang paling menonjol adalah seorang remaja berusia 19 tahun dari Itali, Clemente Del Vecchio, yang mendahului senarai jutawan termuda Forbes.
Berikut adalah fakta menarik mengenai Clemente Del Vecchio:
Fakta Tentang Clemente Del Vecchio
1. Jadi jutawan pada usia 18 tahun
Clemente mencipta sejarah sebagai jutawan termuda dunia pada usia muda.
2. Kekayaan mencecah USD4 bilion
Jumlah ini bersamaan dengan kira-kira RM18.87 bilion.
3. Kedudukan dalam senarai Forbes 2024
Clemente dinamakan sebagai jutawan termuda dunia dan berada di kedudukan ke-732 orang terkaya dunia.
4. Pewaris keluarga Leonardo Del Vecchio
Kekayaannya diperoleh selepas kematian bapanya, Leonardo Del Vecchio, pada Jun 2022.
5. Syarikat cermin mata Luxottica
Kekayaan Clemente berpunca daripada syarikat cermin mata bapanya, Luxottica, yang terkenal dengan jenama seperti Sunglass Hut, Ray-Ban, dan Oakley.
6. Hartanah mewah di Itali
Clemente memiliki beberapa hartanah mewah, termasuk sebuah vila di Tasik Como dan sebuah apartmen di Milan.
7. Asal usul keluarga yang sederhana
Datuk Clemente pernah bekerja sebagai penjual sayur di Milan dan meninggal dunia sebelum Clemente dilahirkan.
8. Sikap merendah diri
Walaupun memiliki kekayaan luar biasa, Clemente lebih gemar menjalani kehidupan secara low profile dan tidak terlibat secara langsung dalam perniagaan keluarganya.
Pelantikan Clemente sebagai jutawan termuda dunia membuktikan bahawa usia muda bukanlah penghalang untuk menjadi sebahagian daripada golongan terkaya di dunia.
BACA: Pelukis inai biadab dengan pengantin dan ahli keluarga servis dibayar walau saat akhir naik harga