‘Bismilllah..Doa yang baik baik okay. Amin yra’ Hantaran terbaru isteri Hafiz Suip undang reaksi netizen

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Isteri kepada penyanyi Hafiz Suip, Nureffy Jesreel, menarik perhatian ramai selepas berkongsi

satu hantaran yang menunjukkan dirinya sedang memakai jubah dan berkaca mata hitam.

Dalam hantaran tersebut, Nureffy turut menyertakan kapsyen yang meminta pengikutnya untuk mendoakan yang baik-baik sahaja untuk dirinya.

“Bismillah.. Doa yang baik-baik sahaja, okay. Amin yra.”

Terdahulu, terdapat spekulasi yang mendakwa rumahtangga Hafiz, pelantun lagu Awan Nano, sedang menghadapi masalah.

'Bismilllah..Doa yang baik baik okay. Amin yra' Hantaran terbaru isteri Hafiz Suip undang reaksi netizen

Namun begitu, Hafiz meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai rumah tangganya bersama Nureffy.

Hafiz dan Nureffy berkahwin pada 14 Mei 2016 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

BACA: Keputusan kes jana wibawa hari ini, Muhyiddin bakal sakit perut lagi?