Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah melancarkan Talian WhatsApp Jabatan
untuk memudahkan penduduk bandar raya tersebut membuat pertanyaan dan aduan secara terus.
MBSJ dalam satu hantaran di laman Facebooknya memaklumkan bahawa perkhidmatan ini bermula
pada Isnin dan beroperasi pada hari dan waktu pejabat, dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
“Bermula 19 Ogos, komuniti bandar raya dan orang ramai boleh menghubungi jabatan-jabatan dalaman MBSJ
secara terus melalui aplikasi WhatsApp pada nombor yang tertera di visual,” menurut hantaran di laman media sosial itu pada Isnin.
MBSJ menyediakan sebanyak 21 talian termasuk Jabatan Kejuruteraan (019 6457833), Jabatan Landskap (019 263 7823), Jabatan Bangunan (019 219 7833), dan Jabatan Hasil (019 325 7823).
Selain itu, MBSJ turut berkongsi info grafik dengan senarai penuh jabatan dan nombor talian WhatsApp jabatan-jabatan dalaman di laman Facebook rasmi mereka.
BACA: ‘Jangan gatal tangan tekan’ Ini fungsi sebenar butang ini pada kereta