Boleh cuba resepi Gulai Ikan Kering ala ‘Kelate’ ini! Senang je nak tawan hati mentua

Oleh NADIA HARON

Tahukah anda, resepi masakan terutamanya hidangan tradisional merupakan salah satu strategi berkesan untuk memikat hati mentua.

Bukan sahaja mampu memikat selera, menyediakan makanan untuk mentua juga

Dan boleh ‘membeli jiwa’ mereka agar menerima kita sebagai menantu dengan sepenuh hati.

Boleh cuba resepi Gulai Ikan Kering ala ‘Kelate’ ini! Senang je nak tawan hati mentua

Malah mereka yang belum berkahwin juga boleh menggunakan strategi ini sekiranya memiliki hajat berjumpa bakal mentua dan membawa hidangan bekal untuk mereka.

Berikut kami kongsikan resepi Gulai Ikan Kering ala ‘Kelate’ berdasarkan hantaran dimuat naik oleh pengguna Facebook yang menggunakan akaun Resepi Paling Sedap.

Dijamin berhasil, resepi ini boleh digunakan untuk memikat hati mentua yang berasal daripada pantai timur Malaysia atau pun mereka yang meminati menu tradisonal.

Mungkin ada sedikit perbezaan daripada resepi gulai negeri lain, namun janganlah khuatir kerana rasanya tetap sesuai dengan kebanyakan lidah masyarakat Melayu.

Bahan-bahan:

Tiga atau empat ekor ikan kering (dibasuh)

Timun (dibelah kecil)

Lima ke enam biji cili hijau

Satu atau dua keping nanas (dipotong dadu)

Santan secukupnya (ikut jumlah ikan dan kuah yang anda mahu)

Garam, gula dan perasa secukupnya

Bahan Kisar:

Sebiji bawang besar

Empat ulas bawang putih

Tiga ke empat tangkai cili kering

Sebiji cili merah

Dua ke tiga biji cili padi (jika mahu pedas)

Dua inci kunyit hidup

Sedikit lengkuas

Resepi dan cara menyediakan:

1. Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Buka api dan biarkan mendidih. Bagi mengelakkan santan berketul, jangan lupa untuk selalu dikacau.

2. Apabila kuah sudah mula mendidih, tambahkan ikan kering bersama hirisan nanas, lada besar, cili hijau dan juga timun ke dalam kuali.

3. Kemudian perasakan kuah dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.

4. Biarkan gulai mendidih sekali lagi dan boleh padamkan api.

5. Sedia untuk dinikmati!

“Jangan letak garam terlalu banyak kerana ikan kering sudah memberikan rasa masin. Asam keping juga tidak perlu digunakan kerana nanas sudah memberikan rasa masam kepada kuah,” katanya.

Baca juga:‘Ketika isteri aku sedang tidur di sebelahku, tiba-tiba aku mendapat notifikasi di Facebook. Wanita tersebut adalah teman wanita ku di masa lalu..’