Boleh guna teknik google maps ini untuk lepas rindu kepada arwah yang telah pergi

Oleh GEMILANGDAILY

Boleh guna teknik google maps ini untuk lepas rindu kepada arwah yang telah pergi. Seorang lelaki warganegara Singapura menggunakan kemudahan teknologi aplikasi Google Maps untuk ‘melawat’ neneknya yang sudah meninggal dunia.

Lelaki yang menggunakan nama @retroridersg di laman aplikasi TikTok itu berkongsi bagaimana dia mengubati perasaan rindu kepada neneknya itu menerusi video.

Menerusi rakaman berdurasi 14 saat itu, lelaki tersebut membuka aplikasi Google Maps dan menetapkan carian kepada alamat 840 Hougang Central, Singapore.

Dia kemudian klik kepada imej Februari 2009 sebelum membesarkan (zoom in) satu gambar yang menunjukkan dua orang wanita sedang menunggu untuk melintas jalan.

Boleh guna teknik google maps ini untuk lepas rindu kepada arwah yang telah pergi

Menurutnya, wanita tua berbaju ungu yang sedang memegang beberapa plastik barangan runcit itu merupakan mendiang neneknya yang sudah meninggal dua tahun lalu.

Tambahnya, neneknya itu merupakan seorang tukang masak hebat dan gambar itu menghilangkan kerinduannya terhadap wanita yang membesarkannya itu.

Berharap Google untuk tidak memadam gambar tersebut, lelaki itu berkata dia akan melawat neneknya itu di Google Maps pada setiap perayaan Tahun Baru Cina.

Hal ini kerana dia amat merindui kehadiran neneknya di hari yang amat bermakna buat masyarakat Cina itu.

Rata-rata pengguna media sosial yang menonton video tersebut turut merasa hiba dengan perkongsiannya dan berharap dapat melakukan perkara yang sama.

“Sending hugs, kehilangan orang yang kita sayang memang menyedihkan. Saya gembira anda masih boleh melawatnya semula dari semasa ke semasa, semoga Google tidak membuangnya,” kata pengguna bernama Kappa.

@retroridersg Every Chinese new year whenever I miss my late grandma, I would come to google map and she will be there. miss you grandma. #fyp #foryoupage #coldplayyellow #cny2023 #grandma ♬ original sound – Lariexxx

“Sangat mengharukan, dia selamanya akan berada di hati awak. Saya berharap dapat melihat datuk saya dengan cara ini juga tetapi dia pergi pada tahun 1997 dan waktu itu teknologi seperti ini tidak wujud,” kongsi pengguna lain.

BACA:

‘Syukur sekarang duit tak lesap dah, kalau dulu faham2 lah’ – Mawar

Gelandangan sedih selalu terima makanan basi, “sudah-sudahlah bagi kami..”

Sophia dipuji cantik macam bidadari syurga, netizen minta Kazar buat sesuatu pula