“Boleh ke cium isteri dalam Haid?” – Ustaz ini jelaskan hukum sebenar

Boleh ke cium isteri dalam Haid Ustaz ini jelaskan hukum sebenar

“Boleh ke cium isteri dalam Haid?” – Ustaz ini jelaskan hukum sebenar. Umum mengetahui dalam Islam pasangan suami isteri diharamkan untuk bersetubuh ketika isteri haid kerana ia meningkatkan risiko jangkitan penyakit kelamin. Walau bagaimanapun, masih ada juga pasangan suami isteri yang keliru adakah mereka boleh melakukan perkara ‘ringan-ringan’ seperti bercium.

Kekeliruan tersebut dijawab oleh Ustaz Noor Hafiz yang merupakan seorang guru KAFA di Pulau Pinang, beliau menjelaskan pertanyaan pengguna TikTok yang bertanya mengenai hubungan seksual semasa isteri haid.

Boleh ke cium isteri dalam Haid Ustaz ini jelaskan hukum sebenar

“KETIKA ISTERI TENGAH DALAM HAID BOLEH BERCIUM KE?

“Kalau bersama ketika haid contoh cium sahaja tanpa menyentuh kelamin isteri, apa hukumnya ustaz?,” ujarnya.

Menurut Ustaz Noor Hafiz, ketika wanita haid, pasangan suami isteri boleh bercium dan hanya dua perkara tidak dibenarkan iaitu tidak boleh melakukan persetubuhan di mana memasukkan zakar dalam faraj isteri.

Yang kedua, suami tidak boleh bermesra-mesraan antara pusat isteri hingga lutut secara langsung tanpa lapik. Hanya dibenarkan daripada pusat isteri hingga hujung rambut dan lutut hingga ke bawah sahaja.

@noorhafiz91 Membalas kepada @abemat893 ketika isteri haid dibolehkan melakukan perkara ringan-ringan. #tiktokguru #jawapan #jombelajar ♬ bunyi asal – Noor Hafiz Official

Bagi menjawab pertanyaan pengguna media sosial itu, beliau menjelaskan suami isteri boleh melakukan perkara ‘ringan-ringan’ ketika isteri haid.

Moga memberi manfaat dan menjawab persoalan.

BACA JUGA : 

Ramai puas hati Mydin jawab macam ni kepada Azwan Ali, “celupar sangat!”

Mati-mati ingat uncle ni pelakon Gerak Khas, rupanya polis pangkat besar betul

Leona buat live sambil bertelekung, “nak kiamat ke ni?” – netizen

CATEGORIES