Boleh ke kaum cina di Malaysia balik China terus jadi warganegara? Betul ke?.
Sebelum PM kita cop istilah 1Malaysia lagi, negara kita dah lama bangga dengan konsep masyarakat majmuk.
Tak sah bila selak buku Kajian Tempatan kalau tak jumpa gambar rakyat berbilang kaum ala Cuti-cuti Malaysia.
1Kena ada Melayu, Cina, India, dan dua etnik Sabah & Sarawak yang dipilih secara rawak. Kesian Sabah dan Sarawak.
Kena ada Melayu, Cina, India, dan dua etnik Sabah & Sarawak yang dipilih secara rawak. Kesian Sabah dan Sarawak.
Tapi betul ke negara kita ni muhibah macam yang diiklankan kat TV? Sekarang ni kalau buka berita dan media sosial, mesti tak lekang daripada komen-komen yang berbau rasis.
Babi dan lembu juga yang kena. Apalah salah mereka.
Apalah salah babi dan lembu, tak pasal-pasal kena
Nak dijadikan cerita, minggu lepas Jamal Yunos mengatakan yang bisnes di Jalan Petaling dimonopoli oleh orang Cina yang tak mau berkongsi. Jamal mengugut untuk merusuh lagi di Jalan Petaling pada 26 September, namun dia ditahan dan rusuhan dibatalkan. Tapi hal ini belum padam sebab…
Duta dari China, Huang Huikang, singgah di Jalan Petaling pada hari rusuhan dan dituduh cuba campur tangan dalam hal dalaman Malaysia. Meskipun Huang menyatakan yang dia datang hanya untuk meraikan pesta kuih bulan dan membuktikan kawasan tersebut masih selamat dilawati, ucapannya pada penghujung lawatan macam ada mesej lain macam je:
“Pemerintah China sentiasa mengamalkan kehidupan aman dalam hubungan antarabangsa dan prinsip tidak campur tangan hal ehwal dalaman negara lain…
Namun gangguan kepentingan China, pelanggaran hak dan perundangan serta perniagaan warga China yang boleh merosakkan hubungan persahabatan China dan negara tuan rumah, kami tidak akan berdiam diri.” – Huang Huikang, seperti yang dipetik oleh MalaysiaKini.
Opkos Jamal Yunos yang baru keluar lokap tak menyempat untuk mengatakan yang ini adalah bukti bahawa orang Cina bila-bila je boleh balik China:
Ini adalah satu mesej yang jelas bahawa, bangsa Cina ini mempunyai tempat untuk mengadu dan membela nasib mereka selain daripada Malaysia. Mereka mempunyai tanah atau negara asal mereka di Tanah Besar China, dan jika sekiranya apa-apa berlaku ke atas mereka, mereka masih lagi ada tempat untuk bergantung harap.” – petikan blog Jamal Yunos.
Jadi ada yang bertanya (seperti dalam Whatsapp chat di bawah) – Betul ke orang Cina boleh balik China jika mahu, dan adakah mereka akan diterima?
Sebelum kita perjelaskan sebab-sebab, jom tengok contoh-contoh berikut:
Malaysia:
Waktu kecik dulu saya pergi sekolah naik van, dan sebab rumah saya yang paling dekat dengan drebar, saya selalu dapat duduk kat depan.
Uncle van ada bercerita tentang bagaimana abangnya dihantar ke China sewaktu penjajahan Jepun pada tahun 1941, dan hanya berpeluang bertemu dengannya setelah lebih 40 tahun.
Ada juga yang pulang ke China untuk melawan tentera Jepun. Namun abangnya tak boleh balik kerana China melaksanakan pemerintahan komunis setelah perang berakhir.
Vietnam:
Pada tahun 1978, program baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Vietnam telah memberi kesan buruk terhadap ramai peniaga Cina kerana ia membenarkan hartanah mereka dirampas dan keluarga mereka dipindahkan secara paksa.
Kerajaan China kemudiannya menghantar kapal-kapal untuk menyelamatkan “mangsa-mangsa Cina”. Kapal-kapal tersebut terpaksa menunggu di luar kawasan perairan Vietnam buat beberapa minggu namun akhirnya pulang dengan tangan kosong apabila persetujuan tidak dapat dicapai. Walau bagaimanapun China telah menerima sebanyak 660,000 rakyat Cina Vietnam yang lari melalui cara lain.
Indonesia:
Sejarah masyarakat Cina di Indonesia tersangatlah panjang untuk dihuraikan, cukuplah kami ceritakan yang China sudah dua kali cuba menyelamatkan orang Cina di Indonesia – pertamanya bila Presiden Sukarno melaksanakan polisi ekonomi yang menghalang orang Cina berniaga di kawasan luar bandar pada 1959, keduanya sewaktu Pembantaian Komunis Indonesia pada 1965.
Di kedua-dua peristiwa ini, China menghantar kapal-kapal berserta pegawai China yang merayu orang Cina untuk “pulang”.
“Kami tak mahu rakyat yang kami sayang menderita di tempat orang… Kami berharap mereka semua kembali ke pangkuan tanah air.” – Pegawai China yang tidak dikenal pasti, dipetik daripada Los Angeles Times.
Pembunuhan beramai-ramai orang Cina Indonesia telah memutuskan perhubungan diplomatik China dan Indonesia pada tahun 1967 ke 1990.
Tapi… apa yang China beria sangat tentang orang Cina di luar negara China?
Kalau korang tak tidur dalam kelas Sejarah dulu, korang mungkin ingat istilah jus soli.
Jus soli adalah istilah Latin (hak untuk kawasan) yang bermaksud sesiapa yang lahir di sesebuah negara secara automatiknya mendapat hak kewarganegaraan. Ada negara yang meletakkan syarat, contohnya sekurang-kurangnya ibu atau bapa haruslah merupakan seorang warganegara terlebih dahulu.
Tapi China mengamalkan prinsip jus sanguinis, istilah Latin (hak darah) yang bermaksud kewarganegaraan adalah diberi berdasarkan keturunan. Pemerintah Manchu menggunakan prinsip ini untuk mengisytiharkan yang kesemua keturunan Cina akan kembali ke China akhirnya.
Ia kemudiannya dimasukkan ke dalam undang-undang kewarganegaraan pertama China pada 1909 yang mendakwa bahawa setiap anak kepada ibu atau bapa Cina adalah warganegara China. Bagi kerajaan China, asalkan mereka ada darah Cina, mereka juga adalah sebahagian Republik Rakyat Cina tak kiralah di mana pun mereka dilahirkan.
Berbalik ke duta dari China tadi… dalam ucapannya, Huang mengingatkan Cina Malaysia yang China masih lagi rumah bagi ibu-bapa mereka – dan menambah bahawa dia rasa perlu menekankan perkara tersebut kepada kesemua orang Cina di negara luar.
BACA:
Ke mana perginya harta kekayaan Pablo Escobar lepas kematiannya
Kerajaan bakal perkenal pinjaman dan insurans kenderaan versi Menu Rahmah? Ini jawapan Menteri