Hampir semua daripada kita yang mendengar lagu ini boleh terikut-ikut menyanyikannya
Dan tidak dapat mengeluarkannya dari fikiran selama berhari-hari.
Bahkan, ada yang menggunakan lagu tersebut untuk dijadikan parodi video di TikTok,
Ada yang kemudian menarik perhatian Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad.
Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan lirik lagu GISB Holdings (GISBH) yang didakwa mengandungi ajaran sesat.
Tambahnya lagi, tindakan itu bercanggah dengan ajaran Islam dan meminta agar perbuatan menyanyikan lagu yang kini tular di media sosial segera dihentikan.
Lirik lagu ini diibaratkan seperti zikir kerana ia sudah ada ketika pengasas pertubuhan Al-Arqam, Asaari Muhammad, masih hidup, dan kini parodi lagu tersebut kembali tular di media sosial.
“Justeru, saya menasihatkan agar hentikannya segera kerana ia boleh memesongkan akidah,” katanya.
BACA: Hati-hati motor modified parking dalam rumah, Polis Perak bakal ‘spotcheck’ rumah ke rumah