Bos Mydin gesa kerajaan mansuhkan subsidi telur undang reaksi netizen

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Pemansuhan harga siling telur akan membolehkan kaedah pengeluaran lebih berkesan dinormalisasikan,

seterusnya membawa kepada bekalan pasaran lebih stabil, kata Pengarah Urusan Pasar Raya Mydin Ameer Ali Mydin.

Beliau berkata, keputusan kerajaan untuk mengekalkan kawalan harga tidak menangani masalah kekurangan bekalan telur “berterusan” sejak wabak Covid-19,

Bos Mydin gesa kerajaan mansuhkan subsidi telur undang reaksi netizen

yang memaksa ramai pengguna, termasuk golongan B40, membeli telur Omega yang lebih mahal.

“Harga telur pasti akan naik sekurang-kurangnya 10 sen sebiji (tanpa kawalan harga) yang akan membawa kepada kenaikan RM3 sepapan.

“Sebelum kawalan harga, ini sebenarnya harga standard bagi telur,” katanya kepada FMT.

Pada Isnin, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan harga siling bagi ayam. Bagaimanapun, katanya, kawalan harga telur akan kekal sehingga dimaklumkan kelak..

Sebelum ini, ketika mengumumkan Belanjawan 2024, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan memutuskan menamatkan kawalan harga ayam dan telur agar harganya ditentukan daya pasaran.

Bagaimanapun, Mohamad berkata, keputusan untuk mengekalkan kawalan harga dan subsidi telur dibuat dengan mengambil kira kos tambahan yang perlu ditanggung pengguna.

Susulan keputusan itu, Ameer mengumumkan Mydin akan menurunkan harga ayam kepada RM7.99 sekilogram, iaitu penurunan harga seringgit pada 1 Nov.

“Ini akan memberikan isyarat betul kepada kerajaan bahawa sektor swasta bukan oportunistik sebaliknya akan tetap mematuhi harga pasaran,” katanya.

Pakar ekonomi Ida Yasin bersetuju dengan Ameer dan berkata, harga telur patut diapung seiring sasaran kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan fiskal.

“Kerajaan perlu mengeluarkan lebih banyak wang untuk memberikan subsidi bagi telur, jadi pada saya, harga telur patut diapung mengikut daya pasaran,” kata pensyarah kanan Putra Business School itu.

Bagaimanapun, Persekutuan Persatuan Penternak-penternak Malaysia (FLFAM) menyokong keputusan kerajaan.

“FLFAM akan terus menyokong tindakan kerajaan dalam memastikan rakyat Malaysia mempunyai bekalan ayam daging dan telur yang mencukupi pada harga berpatutan,” kata persatuan itu dalam kenyataan.

BACA: “Aku simpan bukti hasutan dari mertua, bukti skandal suami, bil, nafkah tertunggak, aku bagi semua pada peguam”