Bosan memori telefon ‘full’ je memanjang, ini 5 tips mudah untuk jimatkan storage

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Bosan memori telefon ‘full’ je memanjang, ini 5 tips mudah untuk jimatkan storage, Bolehlah isi dengan lebih banyak gambar lagi! no telefon kwsp telefon yes telefon percuma kedai telefon near me no telefon astro telefon bimbit no telefon bank rakyat nombor telefon telefon murah[/bg_collapse]

 

Antara benda yang menjengkelkan dalam hidup adalah bila kita tak boleh nak update telefon sebab storage dah penuh. Nak delete gambar atau apps lain, sayang pula.

Jadi terpaksalah tangguhkan update telefon tu dulu sebab tak cukup memori. Macam yang kita selalu dengar, setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesaiannya, dan nasib baiklah isu tak cukup memori telefon ni boleh diselesaikan dengan mudah.

Bosan memori telefon 'full' je memanjang, ini 5 tips mudah untuk jimatkan storage

Video Tips Jimat Storage Telefon

Tips Jimat Ruang Simpanan untuk Telefon Android
Bila memori telefon tak cukup ni bukan je menyebabkan kita tak boleh update operating system yang paling terkini, tapi ia juga akan buat banyak kerja jadi leceh dan tertangguh, lagi-lagi kalau telefon tu digunakan untuk tujuan yang penting seperti gajet untuk anak muat turun segala nota dan kerja sekolah. Bila memori dah terlalu penuh, anak-anak pun jadi susah nak buat kerja sekolah atau rujuk nota yang diberi cikgu semasa sesi belajar dari rumah.

Bagi mengatasi masalah ni, korang boleh ikut 5 tips dekat bawah ni!

1. Padam Data Cache pada Setiap Apps
Kalau godek-godek telefon bahagian setting, korang akan perasan yang setiap apps akan mempunyai data cache masing-masing, yang kadang-kadang data ni boleh memenuhkan ruang memori dalaman telefon. Data cache ni korang boleh padam je sebab ia hanyalah data sampah yang takkan beri kesan kepada apa-apa yang disimpan melalui apps tu.

Cara untuk padam data cache adalah:

Buka Setting dan pergi ke bahagian Storage.


Kemudian pilih Internal Storage, sebelum tap pada Cache Data.


Pilih OK untuk padam data cache dalam telefon.

2. Google Chrome Pun Banyak Guna Memori Kalau Tak Dijaga

Setiap kali korang layari laman web di Google Chrome atau mana-mana webbrowser, ia akan menyimpan sedikit data dalam telefon supaya pencarian tu dapat dilakukan dengan lebih cepat. Bayangkanlah kalau dah berapa banyak tab yang kita buka dalam Chrome kita, berapa banyak pula ruang memori yang telah digunakan? Sebab tu kena rajin padam cache di web browser yang kita gunakan. Caranya:

Buka Google Chrome, dan tap pada tiga titik di bahagian atas

  • Pilih History dan kemudian Clear Browsing Data.

  • Klik Cached Image and Files, dan klik Clear Data untuk padam.

Bosan memori telefon 'full' je memanjang, ini 5 tips mudah untuk jimatkan storage, Bolehlah isi dengan lebih banyak gambar lagi! no telefon kwsp telefon yes telefon percuma kedai telefon near me no telefon astro telefon bimbit no telefon bank rakyat nombor telefon telefon murah

3. Tutup Fungsi Auto-Download pada WhatsApp dan Telegram

Kadang-kadang memori telefon kita ni penuh sebab WhatsApp akan automatik muat turun gambar dan video ke dalam album. Gambar dan video yang dimuat turun tu pun bukannya penting pun. Selalu banyak dapat gambar yang mempunyai tulisan Selamat Pagi dengan background matahari atau bunga, yang selalu dapat dalam group kan? Sebenarnya korang boleh je tutup fungsi auto-download gambar ni pada WhatsApp atau Telegram, caranya:

  • Buka WhatsApp dan pergi ke bahagian Setting. Pilih Data and Storage Usage.
  • Klik pada Media Auto-Download

  • Pilih When Using Mobile Data, dan hilangkan tick pada semua kotak sebelum klik OK.

4. Simpan Gambar dalam Google Photos

Korang jenis yang suka selfie dan tangkap gambar? Mesti album telefon korang banyak makan memori dalaman kan? Kalau nak jimat memori telefon tapi tak nak buang gambar-gambar yang ditangkap, korang bolehlah gunakan apps Google Photos. Apps Google Photos ni best sebab gambar korang akan dimuat naik dan disimpan ke dalam akaun Google secara automatik. Lepas dah disimpan dalam Google Photos, korang boleh padam dan kosongkan album gambar. Bolehlah isi dengan lebih banyak gambar lagi! Bolehlah muat turun apps ni di Google Play Store dan Apple App Store secara percuma!

5. Gunakan SD Card ataupun OTG

Kebanyakan telefon Android yang berada di pasaran mempunyai slot untuk masukkan SD Card atau kad memori untuk menambah kapasiti memori yang sedia ada. Jadi dengan tambahan beberapa ringgit, korang boleh upgrade memori telefon sebanyak yang boleh. Selain daripada SD Card, korang juga boleh gunakan USB On-The-Go (OTG). OTG, macam dalam gambar dekat atas ni, boleh digunakan seperti pen drive, tapi untuk kegunaan telefon.

Jadi dengan mengikuti tips-tips di atas ni, tak adalah korang sentiasa nak kena padam apps dan gambar setiap kali nak muat turun fail atau apps baru.

Tonton:

Berita Lain:

Suami terlalu rajin kemas rumah, isteri sampai minta cerai sebab bosan

Curi RM2 tabung masjid dah kena masuk penjara, di gereja lain pula ceritanya

Penduduk tergamam tengok ratusan Burung Tiong jatuh tiba-tiba, ini yang berlaku…