Buah Nangka buat perut masuk angin? Ini penjelasan sebenar

Buah Nangka buat perut masuk angin Ini penjelasan sebenar

Buah Nangka buat perut masuk angin? Ini penjelasan sebenar. Nak makan buah nangka, tetapi ramai pula yang mengatakan bahawa buah ini akan menyebabkan perut berangin. Risau pula nanti perlu ke klinik pula bila sakit. Tetapi, betul atau tidak fakta yang mengatakan bahawa buah nangka ini akan menyebabkan perut berasa sebu dan berangin satu badan?

Buat penggemar buah nangka yang manis ini, berikut merupakan fakta yang dikongsikan oleh pakar mengenai buah nangka yang anda sepatutnya tahu. Rugi kalau tak boleh makan buah ni!

FAKTA ATAU MITOS? JANGAN MAKAN BUAH NANGKA, SEBAB BUAH NANGKA BERANGIN?

Jawapannya ialah MITOS. Salah satu buah tempatan kegemaran Pak Mart dan keluarga kami ialah buah nangka. Setiap kali pi kedai mesti kami cari buah nangka. Tetapi, kadang-kadang ada orang yang kita tidak kenal dengan biadabnya datang tegur dan kata jangan makan buah nangka, sebab buah ni berangin, nanti dapat angin.

Buah Nangka buat perut masuk angin Ini penjelasan sebenar

Biadab laa teguran macam itu, sebab dah buat fitnah kat buah nangka, padahal dia yang ada masalah penghadaman dan dia yang tak boleh hadam buah nangka. Jangan fikir orang lain sama macam anda tau. Nasihat itu anda simpan untuk diri sendiri saja sudah laa.

Kalau perut anda yang ada masalah menghadamkan buah nangka, maka andalah yang dapat angin, bukan saya. Perut dan usus saya tak ada masalah menghadamkan nangka sebab itulah saya tak dapat masalah angin bila saya makan nangka. Kalau anda yang ada masalah makan buah nangka, jangan suruh orang lain pantang makan buah nangka.

DI DALAM NANGKA, TAK ADA ANGIN

Angin tu ialah GAS yang datangnya dari dalam usus orang yang ada masalah penghadaman makanan. Pada hakikatnya, makanan itu tak bersalah dan tiada angin di dalamnya. Masalahnya ialah sistem penghadaman sesetengah orang yang tidak sempurna.

Bila makanan itu dihadamkan sehingga lumat, ia akan diserap dari dinding usus ke dalam darah. Jika makanan itu tidak dihadam, ia akan tinggal di dalam usus untuk dibawa keluar sebagai najis. Makanan yang tak habis hadam akan juga melalui proses penghadaman yang dibantu oleh bakteria yang hidup di dalam usus manusia. Sebagai kesan sampingannya, bakteria itu mengeluarkan GAS. Gas yang banyak boleh menyebabkan anda tidak selesa, perut kembung, sendawa dan terkentut-kentut.

Ada banyak jenis bakteria yang hidup dalam usus manusia. Inilah dinamakan the gut microbiome. Ada bakteria yang membuat lebih banyak gas, ada bakteria yang membantu menukar gas semula ke bahan lain. Jika anda tidak ada keseimbangan bakteria di dalam usus, maka anda ada lebih kecenderungan mendapat gas dari orang lain.

Jika anda juga ada usus yang tidak cergas dan lambat membawa makanan yang tak habis hadam keluar sebagai najis, terutamanya jika anda membiarkan diri mendapat sembelit, maka ini juga memberi lebih masa untuk bakteria dalam usus itu bertindak ke atas makanan yang tak habis hadam itu, dan lebih lagi lah pengeluaran gas, dan banyaklah lagi kentut anda. Apa yang boleh merangsangkan dan mempercepatkan pergerakan usus anda ialah kecergasan diri dan bersenam. Ini boleh mengurangkan masalah sembelit dan gas di dalam usus.

PETUA KURANGKAN GAS

Kesimpulannya, dari ilmu pengetahuan Sains Biologi manusia, inilah petua bagaimana anda semua boleh mengurangkan gas atau angin di dalam usus yang menyebabkan anda senak, kembung, sendawa dan kentut-kentut:

1) Anda elaklah makanan yang memberi anda sendiri masalah penghadaman dan senak perut, TAK PAYAH SURUH ORANG LAIN PANTANG MAKAN jika anda yang ada masalah.

2) Berhenti sedut-sedut atau menghisap sebab anda sendiri memasukkan udara atau gas ke dalam perut anda. Sebagai contoh, berhenti hisap rokok, berhenti hisap vape dan berhenti menyedut minuman menggunakan straw. Minumlah dari cawan.

3) Berhenti minum air bergas.

4) Bantulah diri sendiri menghadamkan makanan. Bila makan, kunyah perlahan-lahan, kunyah banyak-banyak kali sebelum telan. Kalau anda suka telan nangka dan telan pulut tanpa mengunyah sebab anda malas mengunyah, itu masalah yang anda berikan kepada diri sendiri.

Mengunyah ialah proses pertama untuk melumatkan dan membantu penghadaman. Jika anda malas mengunyah dan telan ketul-ketul makanan yang besar, sebagai contoh hangpa pi telan pulut tanpa mengunyah, maka anda membebankan perut dan usus anda yang terpaksa berkerja lebih kuat menghadamkan makanan. Patutlah ada orang sakit perut dan banyak gas bila telan nangka atau telan pulut.

5) Jika anda ada masalah menghadamkan makanan yang mentah, maka anda masaklah makanan itu dulu, sebab makanan yang dimasak lebih senang di hadam. Sebagai contoh kekacang. Ada jenis kekacang yang kita rendam di dalam air satu hari, kemudian bilas untuk membuang gula bermolekul besar yang lebih susah dihadam, kemudian direbus dengan lebih lama. Dengan cara ini mereka yang ada masalah menghadam beberapa jenis kekacang kurang masalah menghadamkannya bila dimasak dengan cara ini.

6) Elakkan sembelit sebab ini membiarkan makanan tak hadam duduk lama-lama dalam usus. Minum cukup air dan makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengelakkan sembelit dan bersenam.

7) Bersenam dengan kerap. Cergaskan diri anda untuk membantu pergerakan usus yang lancar.

8)Kalau sakit gigi dan tak boleh mengunyah dengan betul, jangan takut jumpa doktor gigi. Ramai orang dalam masyarakat kita ni suka buat andaian jika mereka tak boleh makan makanan yang tertentu, maka semua orang lain patut dilarang dari memakan makanan tu dan ikut pantang mereka. Jangan ikut contoh orang yang sebegini. Sebaliknya berikanlah mereka nasihat apakah tabiat dan amalan yang baik supaya mereka boleh membantu diri sendiri mengelakkan masalah mereka sendiri.

Semoga penjelasan ini memberi anda manfaat. Kalau hangpa tengok orang lain seronok makan nangka, janganlaa jadi spoiler, just be happy for them. Nangka ni buah yang berkhasiat, bukan makanan haram kan. Yang hangpa patut pi tegur dan suruh berpantang ialah orang yang merokok. Sekian, terimakasih. Amalkan gaya hidup sihat dan cergas.

BACA:

ASNB umum dividen ASB 4.6 sen, ada bonus 0.5 sen

‘Ramai mahu jadi isteri kedua saya’ – Ustaz Abdul Somad

Netizen serang Janna Nick, “patutla..makin gemuk”

CATEGORIES