‘Buat kecoh telur mahal tapi sakan bercuti’

Buat kecoh telur mahal tapi sakan bercuti

‘Buat kecoh telur mahal tapi sakan bercuti’. BULAN Disember memang bulan percutian. Sana sini orang berkongsi gambar bercuti, melancong dan membeli-belah di pasar raya terkemuka.

Ada yang melancong sampai ke luar negara. Ramai juga yang memilih untuk menghabiskan masa bersama keluarga di lokasi menarik dalam negara.

Di sebalik bencana alam dan musibah tanah runtuh yang berlaku, ia sedikitpun tidak menjejaskan mood percutian. Semua ingin bergembira selepas melalui tahun yang cukup mencabar.

Tahun 2022 benar-benar menguji kehidupan rakyat Malaysia. Pada tahun ini, rakyat dipertanggungjawabkan untuk memilih sebuah kerajaan melalui Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Debaran PRU15 itu tidak berakhir selepas rakyat membuang undi. Ia berlarutan untuk tempoh yang panjang selepas tiada parti mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Buat kecoh telur mahal tapi sakan bercuti'Buat kecoh telur mahal tapi sakan bercuti'

Namun, selepas melalui minggu yang cukup panas, kerajaan akhirnya terbentuk menerusi gabungan pelbagai parti. Dan hasilnya, kita memperoleh sebuah Kerajaan Perpaduan dan menteri daripada pelbagai latar belakang parti.

Intipati awal kepada penubuhan kerajaan ini adalah untuk membentuk sebuah pentadbiran yang telus dan bebas rasuah.

Paling penting, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mahu memastikan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama dipelihara.

Caranya adalah dengan memastikan kos hidup kira-kira 32 juta rakyat di seluruh negara terbela.

Isunya bukan baharu. Ia hanya berkisar tentang bekalan makanan dan harga barang. Rakyat hanya mahukan setiap barang asas seperti telur, minyak masak dan ayam sentiasa ada di rak-rak kedai.

Sekiranya bekalan barangan itu mencukupi, isu harga pula perlu dikawal sebaiknya. Subsidi ditambah baik dan diberikan kepada yang benar-benar layak.

Hakikatnya, ramai rakyat yang menderita dan terkesan dengan isu harga barang. Setiap kenaikan walaupun serendah 10 sen tetap memberi kesan.

Ini belum mengambil kira kos-kos perkhidmatan lain seperti bil api dan air selain perbelanjaan persekolahan anak-anak.

Banyak yang perlu difikirkan oleh ibu bapa, terutamanya mereka yang tergolong dalam kategori B40 dan miskin tegar.

Bagaimanapun, di sebalik ‘kesengsaraan’ hidup itu, masih ada segelintir rakyat yang kononnya hidup susah, tetapi mampu berbelanja dan bercuti di luar kemampuan.

Mereka tanpa rasa terbeban bermegah menjamu selera di restoran mewah, membeli-belah barangan berjenama dan melancong ke destinasi popular. Semuanya cukup indah.

Benar, hak untuk bergembira adalah hak masing-masing. Cumanya, kita tidak mahu ada dalam kalangan kita yang ‘cakap tak serupa bikin’.

Orang-orang ini adalah golongan yang kuat merungut dengan kenaikan 10 sen harga makanan, tetapi tidak kisah berhabis ribuan ringgit untuk percutian dua hari satu malam di resort terkemuka.

BACA:

Pengantin jadikan kambing sebagai hantaran mas kahwin jadi bualan

‘Selamat tinggal WhatsApp’ – tiada lagi aplikasi ini tahun depan di handphone jenis ini

Sabah bakal PRU lagi? Kerusi parlimen dikosongkan

CATEGORIES