Buat keputusan tepat, elakkan percanggahan arahan

Buat keputusan tepat, elakkan percanggahan arahan

Semenjak PKP COVID-19 ini, nampaknya MKN masih belum betul-betul menyelaraskan gerakkerja kerajaan. Beberapa keputusan yang dibuat akhirnya berubah-ubah. Terbaharu mengenai kebenaran untuk firma guaman beroperasi. Sebagai peguam yang beramal sendiri saya memahami kesulitan firma guaman untuk beroperasi.

Bagi firma yang menjalankan operasi conveyancing (yang buat dokumen) pastinya akan bergantung kepada agensi lain seperti LHDN, pejabat tanah, mahkamah, runner, bank dan lain-lain selain keperluan untuk berjumpa klien bagi menandatangani dokumen.

Bagi firma yang menjalankan operasi litigation (yang pergi fight kes kat mahkamah) pastinya pula akan bergantung kepada mahkamah buka atau tutup.

Jika kebenaran beroperasi dibenarkan sedangkan agensi-agensi itu semuanya tutup baik tidak beroperasi. Selain itu, aneh juga apabila Bar Council sendiri tidak dihubungi bagi memberikan pendapat mereka.

Aneh lagi, Menteri Undang-Undang, Dato’ Takiyuddin Hassan pula yang terpaksa menghubungi MITI bagi mendapatkan penjelasan.

Selain itu, rungutan kawan-kawan peguam adalah syarat-syarat untuk beroperasi itu semacam syarat nak kahwin dengan Puteri Gunung Ledang. Maksudnya syarat-syarat yang diberikan itu sangat membebankan sehingga kawan-kawan menyatakan lebih baik tutup sahaja daripada membuka operasi firma guaman.

Setakat pengalaman menjalankan kerja konsultasi untuk kerajaan sebelum ini biasanya pegawai kerajaan akan mendapatkan maklumat daripada semua stakeholder sebelum membuat sebarang keputusan dasar dan tidak sesekali akan bulldoze membuta tuli dan kemudiannya menarik balik arahan yang diberikan.

Saya berharap Menteri MITI lebih berhati-hati dalam membuat keputusan dasar sebelum sesuatu arahan itu dikeluarkan. Kerajaan tidak perlu membuat dasar yang populis semata-mata kerana ada desakan sebegitu di twitter atau di facebook. Buatlah dasar setelah mendapat input daripada stakeholder. Banyak uturn dalam kerajaan ini akan menghakis kepercayaan pelabur.

Sumber :