Buaya besar lintas jalan di Kuantan ketika banjir

Buaya besar lintas jalan di Kuantan ketika banjir

Buaya besar lintas jalan di Kuantan ketika banjir. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang mengesahkan video buaya berada di atas jalan Air Hitam berhampiran Kampung Seri Damai yang tular di laman sosial Facebook adalah tulen.

Pengarahnya, Rozidan Md Yasin justeru menasihatkan orang ramai khususnya kanak-kanak supaya tidak mengharungi air banjir.

“Berikutan musim tengkujuh kini saya menasihatkan kepada mereka yang tinggal berhampiran dengan sungai dan parit supaya lebih berhati-hati kerana kemungkinan buaya berada di tempat berkenaan.

“Kalau boleh jangan bermain di kawasan terbabit,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau memberitahu Sungai Kuantan dan Sungai Belat merupakan habitat buaya.

Buaya besar lintas jalan di Kuantan ketika banjir

“Saya percaya buaya yang ditemui di atas Jalan Air Hitam mungkin keluar dari Sungai Belat,” ujar beliau.

Pada Isnin malam, tular satu video berdurasi 29 saat yang dimuat naik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Mohammad Rafiq Khan Ahmad Khan di akaun Facebook beliau mengenai kehadiran reptilia berkenaan.

Mohammad Rafiq memaklumkan video buaya itu diperoleh daripada salah seorang penduduk di kampung berkenaan.

Susulan itu netizen meluahkan kebimbangan mereka mengenai saiz buaya itu di media sosial dan mengingatkan mereka yang tinggal berhampiran supaya lebih berhati-hati.

BACA:

Keadaan terkini Darling Ngasri selepas lama menyepi buat ramai terkejut

Baru sehari jadi tim. menteri, Adam dah kena ‘smash’ dengan MOM

Pengunjung cedera teruk selepas permainan di taman tema terhempas

CATEGORIES