Buaya sesat mati dilanggar kereta undang reaksi netizen

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Seekor buaya dilaporkan mati selepas dilanggar oleh sebuah kereta elektrik ketika sedang melintas di Lebuhraya Penanjong-Tutong, Brunei, pada pagi Rabu.

Bangkai Buaya Tersebar di Media Sosial

Menerusi video dan gambar yang tular di media sosial, bangkai buaya tersebut kelihatan terbaring di atas jalan raya,

Manakala kereta yang terlibat mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan sehingga hampir menyebabkan tayarnya tercabut.

Reaksi Netizen

Insiden ini mendapat perhatian ramai, termasuk netizen Malaysia, yang memberikan pelbagai reaksi.

Buaya sesat mati dilanggar kereta undang reaksi netizen

Kebanyakan mereka tertanya-tanya mengenai berat dan saiz buaya itu kerana ia kelihatan sangat besar dalam rakaman tersebut.

Maklumat Pemandu Tidak Diketahui

Walaupun kejadian ini menjadi tular, tiada maklumat lanjut mengenai keadaan pemandu atau butiran lengkap kemalangan tersebut dilaporkan.

Kes Sebelum Ini

Kes melibatkan buaya bukanlah sesuatu yang luar biasa. Sebelum ini, seekor buaya sepanjang 10 kaki berjaya ditangkap ketika berenang di kolam sebuah rumah penduduk, manakala di Selangor, PERHILITAN sedang giat memantau pergerakan buaya yang masih bebas.

BACA:Ini bezanya kupu-kupu dengan rama-rama yang ramai keliru