Budak 3 tahun dilapor positif dadah methamphetamine, rupanya ini yang dia minum

Oleh ISMAIL YAHYA

Budak 3 tahun dilapor positif dadah methamphetamine, rupanya ini yang dia minum

Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang berasal dari Kalimantan Timur,

Indonesia didapati positif dadah jenis methamphetamine selepas dipercayai meminum air yang diberikan oleh jirannya.

Budak 3 tahun dilapor positif dadah methamphetamine, rupanya ini yang dia minum

Memetik laporan Detik.com, kanak-kanak itu telah dirawat di Hospital Abdul Wahab Sjahranie, Samarinda dan sudah dibenarkan pulang.

Difahamkan, kejadian itu bermula ketika mangsa dan ibu bapanya berkunjung ke rumah jirannya pada Selasa lalu.

Ketua Pasukan Respons Cepat Perlindungan Wanita dan Anak Kalimantan Timur, Rina Zainun berkata bahawa mangsa yang kehausan telah diberi sebotol minuman oleh jirannya.

“Anak itu kehausan dan jirannya membawa air minuman dalam botol berisi separuh,” katanya.

Menurutnya lagi, kelakuan mangsa berubah selepas pulang ke rumah mereka. Kanak-kanak malang itu dikatakan menjadi hiperaktif dan tidak boleh tidur selama beberapa hari.

Malah, dia juga mengalami masalah tidur dan terus membebel seolah-olah sedang berhalusinasi.

“Simptomnya ialah dia aktif, tidak duduk diam, mulut berbual sepanjang masa dan tidak mahu tidur.

“Dari Selasa hingga Rabu, dia juga tidak mahu makan dan minum. Dan satu lagi simptomnya ialah dia berpeluh.

“Dia tidak kelihatan letih walaupun tidak makan atau minum, dia tidak mengantuk. Kemudian matanya terbuka luas,” katanya.

Susulan itu, Rina telah berunding dengan ibu bapa mangsa agar kanak-kanak itu menjalani ujian air kencing.

Tidak lama kemudian, keputusan ujian air kencing keluar dan menunjukkan bahawa mangsa telah positif dadah jenis methamphetamine.

Dia dimasukkan ke hospital kerana pihak perubatan bimbang mengenai kesihatannya selepas tidak mahu tidur dan makan.

Kanak-kanak itu telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan dan keadaannya bertambah baik.

Keadaannya kini bertambah baik namun simptom hiperaktif masih belum pulih sepenuhnya setakat ini.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai tindakan terhadap jiran mangsa tidak dinyatakan.

BACA: Kenapa kalau nak kerja kedai makan atau buka kedai makan kena cucuk ‘Typhoid’? Perempuan ini puncanya