Budak 5 tahun berjalan seorang diri buat orang ramai risau, ‘mana lah mak ayah dia’

Oleh GEMILANGDAILY

Budak 5 tahun berjalan seorang diri buat orang ramai risau, ‘mana lah mak ayah dia’. Apabila sudah mula membesar, tidak dinafikan anak-anak memang semakin panjang akal. Pantang terleka sikit, pasti ada sahaja perkara di luar jangkaan yang bakal dilakukan oleh mereka. Oleh sebab itulah, ibu bapa perlu sentiasa memantau segala aktiviti anak-anak agar sebarang mushibah tidak akan berlaku nanti.

Bila terjadi sesuatu siapa yang perlu dipersalahkan? Dia tak kenal kita pun main ikut je

Terbaru semalam, seorang wanita telah terserempak dengan kanak-kanak yang sedang berjalan kaki di kawasan agak sunyi. Ketika ditanya mengenai destinasi yang ingin ditujui, budak perempuan itu hanya diam sebelum kembali meneruskan perjalanan. Disebabkan risau akan keselamatan si cilik tersebut, wanita itu pantas menawarkan diri mahu menghantarnya pulang ke rumah. Tanpa berfikir panjang, budak berusia 5 tahun berkenaan terus meluru masuk ke dalam kereta.

@riena798Bila terjadi sesuatu siapa yang harus dipersalahkn.. dia xknl kte pn main ikot je…nsib jmp acik yg baik ht ni..♬ original sound – Fahrina

Tak jumpa pun mak dia…Masa berhenti tempat dia tunjuk, terus budak tu berlari

Difahamkan pada awalnya, wanita tersebut mahu membawa budak itu ke balai polis namun niatnya terbatal kerana mempunyai urusan lain. Justeru itu, dia hanya mengikut arah yang ditunjukkan si cilik berkenaan untuk ke rumahnya. Hasrat untuk bersemuka dengan orang tua juga tidak kesampaian apabila kanak-kanak tersebut terus berlari masuk sejurus tiba di hadapan kediamannya.

@riena798 Replying to @ilyanasumayyah92 ♬ original sound – Fahrina

Mujur jumpa orang yang tepat kalau tak hm alahai dikk

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berasa geram dengan tingkah laku ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang dianggap ambil remeh berkaitan keselamatan anak. Selain itu, mereka turut menitipkan kata-kata penghargaan buat wanita itu kerana sudi menghantar budak perempuan tersebut pulang dengan selamat.