‘Buka ig nampak kehidupan kawan-kawan, dalam hati siapa tahu, lebih baik tak buka IG untuk jaga hati sendiri’, Pemuda ini nekad ikut rentak sendiri

Oleh ISMAIL YAHYA

‘Buka ig nampak kehidupan kawan-kawan, dalam hati siapa tahu, lebih baik tak buka IG untuk jaga hati sendiri’, Pemuda ini nekad ikut rentak sendiri

PADA era digital hari ini, mempunyai akaun media sosial seolah-olah menjadi satu kewajipan untuk mendapatkan perkembangan terkini rakan-rakan, adik-beradik dan kenalan.

Namun begitu, seorang lelaki memilih untuk tidak mengikut ‘trend’ ini apabila dia menjauhkan diri daripada media sosial.

'Buka ig nampak kehidupan kawan-kawan, dalam hati siapa tahu, lebih baik tak buka IG untuk jaga hati sendiri', Pemuda ini nekad ikut rentak sendiri

Melalui satu ciapan tular di Twitter, lelaki itu memberikan sebab mengapa dia memilih untuk tidak aktif melayari platform Instagram (IG).

Pendedahan lelaki itu merupakan ciapan balas kepada trend yang sedang hangat serta menjadi ikutan di media sosial iaitu membandingkan pencapaian diri dengan mereka yang sebaya atau lebih muda usianya.

“Saya umur 23, masih belum ada kereta dan rumah sendiri. Saya tengok ada yang lebih muda dari saya sudah ada rumah, berkahwin dan menimang cahaya mata.

“Tapi saya tidak kisah, saya ada perjalanan hidup sendiri dan akan tempuhi segalanya satu demi satu,” tulis seorang wanita yang sudah ‘terjebak’ dengan trend berkenaan dalam satu video di TikTok.

Berbicara lanjut, lelaki itu berkata latar belakang sekolah menjadi antara faktor menyebabkan dia berat untuk berada di media sosial khususnya Instagram.

“Dulu aku sekolah asrama yang dikategorikan sebagai lima teratas dalam carta di Malaysia. Batch aku ada dalam 400 lebih pelajar. Ramai yang pandai.

“Masa baru tamat sekolah, saya banyak follow kawan dekat Instagram. Masa sekolah tak boleh bawa phone, jadi tak boleh nak aktif sangat di media sosial. Tak lama selepas tu ramai kawan saya yang sambung belajar jauh.

Perbandingan hanya akan meranapkan kebahagiaan diri sendiri.

BACA:‘Dihalau tuan rumah’, Wanita ini dedah jadi gelandangan semula, ‘ustaz’ mungkir janji bayar sewa rumah

 

“Ada yang sambung belajar ke Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand. Bila saya buka Instagram, selalu nampak update kehidupan mereka.

“Kita seronok tengok kejayaan mereka tapi dalam hati ni tiada siapa yang tahu. Untuk jaga hati, lebih baik tidak buka Instagram,” kata lelaki itu meluahkan isi hatinya.

Tambahnya lagi, dia juga menginginkan kehidupan seperti mereka tetapi mungkin bukan rezekinya untuk menikmati apa yang mereka miliki.

“Tahun demi tahun, tak kan nak tengok kejayaan mereka je kan. Diri sendiri tak dapat pergi jauh macam mereka.

Seseorang itu pasti lebih mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya sendiri. -Gambar hiasan Freepik

“Kemudian apabila dah habis belajar, ramai yang dapat kerja bagus. Mereka pun kongsikan di Instagram. Kita tumpang gembira dengan kejayaan member, tapi keseronokan untuk diri tak ada.

“Jadi untuk kebaikan, saya pilih untuk tidak aktif di Instagram supaya tak tengok kejayaan orang lain. Biar saya dengan rentak saya sendiri,” ujarnya.

Menurut lelaki itu, setiap orang mempunyai hak masing-masing untuk berkongsikan kisah hidup mereka dan ia berbalik kepada diri sendiri untuk menerimanya dengan cara yang baik atau tidak.

“Bukan salah mereka la kan nak share kejayaan di media sosial. Itu hak mereka.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

“Tapi apabila kita dah mula banding diri kita dengan orang lain. Kita la yang undur diri. Jangan dengki kejayaan orang lain,” kata lelaki itu menutup bicara.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya bersetuju dengan perkongsian lelaki itu.

“Betul tu. Cabaran sebenar tengok member yang kita pergi surau sekali, makan dekat dewan selera sekali, study sekali lepas tu dia pula yang fly jauh. Kita pula tak tercapai apa yang diharap. Rasa tertinggal betul.

“Kalau saya pula, saya masuk Instagram dengan tujuan untuk post dan simpan memori je, lepas tu terus keluar. Saya tak akan scroll feed tengok apa orang lain tengah buat.

“Perbandingan hanya akan meranapkan kebahagiaan diri sendiri,” kata sebahagian warga maya.

BACA:

Selebriti terkenal kantoi bawa dadah di lapangan terbang, selamba letak dalam beg