Buka lebih peluang pekerjaan, Hyundai lancar kilang pertama di Kulim

Oleh ISMAIL YAHYA

Hyundai Motor akan melancarkan kilang pertamanya di Malaysia pada tahun depan dengan pelaburan bernilai RM2.16 bilion.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, menyatakan bahawa

pelaburan ini merupakan yang terbesar oleh syarikat tersebut di Malaysia dan dijangka membuka banyak peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.

“Ini adalah pelaburan yang besar, dan sebanyak tujuh model kereta akan dihasilkan dalam tempoh lima tahun.

Kilang tersebut akan dibuka di Kulim, Kedah, pada tahun hadapan,” katanya kepada media Malaysia

Buka lebih peluang pekerjaan, Hyundai lancar kilang pertama di Kulim

semasa mengikuti program lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Korea Selatan.

Sempena lawatan tersebut, Perdana Menteri turut mengadakan pertemuan tertutup bersama konglomerat utama Korea Selatan, termasuk Hyundai Motor dan OCI Holdings.

Lawatan rasmi tiga hari ini bertujuan memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Korea Selatan.

Tahun depan, Malaysia dan Korea Selatan juga akan meraikan ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

BACA: Baru tahu, rupanya rapidKL boleh beri surat lambat masuk kerja kepada penumpang