‘Bukan 3 jam, tapi hanya 30 minit’ Ruhainies akhirnya buat pengakuan?

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Ini adalah penjelasan daripada pelakon Ruhainies seperti yang dilapor Kosmo! Online berkenaan dengan laporan media yang mengatakan pihak berkuasa menunggu selama tiga jam

sebelum pintu rumah mereka dibuka semasa serbuan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada Sabtu lalu.

Menurut Ruhainies, atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, maklumat yang beredar yang mendakwa mereka dan Aliff Aziz

'Bukan 3 jam, tapi hanya 30 minit' Ruhainies akhirnya buat pengakuan?

membiarkan pihak berkuasa menunggu selama tiga jam adalah tidak benar, sebaliknya hanya setengah jam.

“Kami hanya membuat pihak berkuasa menunggu selama 30 minit bukan tiga jam. Semua yang berlaku tidaklah sebagaimana yang diberitakan dan tidaklah berlarutan selama tiga jam.

“Apabila dakwaan yang tidak tepat itu dikeluarkan, lebih banyak spekulasi dicipta oleh orang ramai,” katanya.

Untuk menjawab persoalan tersebut, pelakon berusia 32 tahun itu menegaskan bahawa hubungannya dengan Aliff bukan seperti yang disangka, tetapi hanya sebagai sahabat dan persahabatan mereka telah terjalin sejak 10 tahun lalu.

“Saya dan Aliff hanya kawan dan kami sudah mengenali satu sama lain sejak 10 tahun lalu.

“Kami kawan dan sering dilihat bersama kerana sedang menjalani penggambaran drama bersiri Terjerat.

“Walau bagaimanapun, saya akan memberikan penjelasan yang lebih terperinci dalam kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan kelak,” katanya.

Sejak Sabtu lalu, akaun media sosial Ruhainies telah diserbu dengan kritikan dan kata-kata negatif daripada netizen selepas laporan mengenai penangkapan khalwat bersama rakan lelakinya yang juga merupakan rakan sekerja dalam drama Terjerat itu menjadi tular.

Pasangan itu yang ditangkap oleh Jawi atas tuduhan berkhalwat telah dibebaskan dengan jaminan sementara menanti pendakwaan di mahkamah syariah dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Aliff dan Ruhainies telah mengeluarkan kenyataan serentak dalam akaun media sosial masing-masing untuk meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi tidak benar termasuk menafikan dakwaan mereka ditangkap pada hari kejadian.

BACa: Aku tersuka dekat laki bujang ni dan sudah berapa kali kami terlanjur tapi masalahnya aku tak tahu sama ada aku nak teruskan hubungan