Seorang penyanyi wanita terkenal dari Kelantan mencetuskan kontroversi apabila ditangkap di Golok, Thailand
Bersama lima individu lain dengan ribuan pil kuda di dalam simpanan mereka.
Tangkapan tersebut berlaku sekitar jam 5 pagi ketika mereka berehat di bilik hotel selepas berhibur di sebuah pusat hiburan di bawah hotel berkenaan.
Mereka dikatakan berada di negara jiran itu bagi meraikan cuti perayaan Deepavali.
Pihak berkuasa Thailand mengesahkan bahawa kesemua suspek, yang berumur antara 25 hingga 34 tahun, didapati positif dadah
Mereka akan dibawa ke Mahkamah Narathiwat esok untuk prosiding reman.
Kesemua suspek dibawa dari lokap Balai Polis Sungai Golok ke Mahkamah Narathiwat sekitar pukul 10 pagi waktu Thailand. Mereka telah ditempatkan di lokap balai polis tersebut selama 48 jam sebelum proses reman dijalankan.
Dalam serbuan itu, polis menemui sebanyak 6,000 biji pil kuda di dalam bilik mereka. Selain penyanyi wanita tersebut, tiga lelaki dan dua wanita turut ditahan dalam operasi berkenaan. Menurut sumber, terdapat dua individu lain yang sempat melarikan diri sebelum polis tiba.
Penangkapan penyanyi wanita terkenal dari Kelantan ini mengejutkan ramai pihak, terutama para peminatnya yang tidak menyangka beliau terlibat dalam kes berprofil tinggi melibatkan penyalahgunaan dadah.