‘Bukan muda lagi, dah ada cucu dah pun’ Wanita kecewa suami hari-hari tengok benda lucah

Oleh ISMAIL YAHYA

Satu perkara yang bermain dalam fikiran aku saat ini. Patutkah aku beritahu Gandum (suami) bahawa aku tahu dia layari p*rn.

Kalian, tolong bagi pendapatAku sedih, cemburu dan marah. Betul.

Tapi, aku layan dia seperti biasa seperti rasa marah dan cemburu itu tak wujud.

Cuma, hati aku mengata-ngata saat tengok mukanya yang macam orang innocent, baik. Hmm.

Sekarang, sudah jadi tabiat aku untuk check fon dia.

'Bukan muda lagi, dah ada cucu dah pun' Wanita kecewa suami hari-hari tengok benda lucah

Dulu, aku tak begini. Tak pernah ambik tau apa ada dalam fon dia.

Time aku tiada di rumah, time dia tunggu aku shopping @ time kerja itulah time dia layari laman itu. Boleh kata hari hari ada aje history carian.

Dari mana dia dapat segala nama perempuan yang menegak menonggeng tu, aku pun nak tau juga. Sungguh bijaksana.

Kami bukan muda lagi. Dah ada cucu pun.

Aku nak tanya, patutkah aku cakap pada Gandum,

“Abang, tolong jangan tengok perempuan naked. Saya jealous. Saya rasa rendah diri sangat dan saya tak mahu abang berdoshaaa. Tengok lah saya. Abang tau tak, saya ni hari hari on, abang yang sebulan dua kali”

Mau ke dia dengar?

Agaknya, mesti dia naik suara sebab terbuka rahsia saya skodeng fon dia. Atau, dia blame saya yang sajikan betik kecut. Mesti saya yang sendu nnti. Atau, kalau nanti dia kata nak cari spark baru. Haa, baru padan muka.

Ntahlah. Perlukah saya diam dan doa sahaja? Atau luahkah lahar marah dan cemburu yang memang ada dalam hati?

Ntahlah.

Saya tertekan.

Saya jalani hidup sekarang dengan rasa sayang pada dia yang menduakan saya dengan wanita maya.

– Barley (Bukan nama sebenar)

BACA: Mercedes Benz Malaysia berdepan denda RM1 juta, rupanya ini yang jadi